Rabu, 29 Oktober 2014

Tanda-tanda TIBI (Batuk Berdarah)


Tanda-tanda penyakit TIBI

·  batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu

·  kahak yang mungkin mengandungi darah

·  demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam

·   susut berat badan dan hilang selera makan

·    mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa manarik nafas panjang.

·    mudah menjadi letih

·    hilang ingatan, merapu-rapu dan sakit kepala (tibi otak atau  selaput  otak)

·    sakit sendi dan tulang (tibi sendi dan tulang)

Korang ada tak tanda-tanda di atas? Kalau ada, better pergi check kat mana-mana hospital!

Rawatan

Rawatan untuk penyakit tibi biasanya mengambil masa yang lama. Ia mesti dipatuhi tanpa ada
pengecualian. Terdapat banyak bentuk rawatan yang disediakan. Ia mengikut jenis tibi dan lokasi jangkitan.Bagi kes-kes biasa seperti tibi paru-paru, terdapat beberapa regim rawatan yang disediakan antaranya adalah kaedah DOTS.

Apa itu kaedah DOTS ?

Kaedah DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcorse) adalah kaedah mudah yang disarankan oleh WHO dimana rawatan hanya selama enam bulan sahaja. Dua bulan pertama adalah rawatan intensif setiap hari, sementara empat bulan berikutnya cuma dilakukan dua kali seminggu. Pesakit perlu menggunakan kombinasi dan dos-dos ubat yang betul mengikut jangkawaktu yang ditetapkan. Dengan rawatan yang sempurna pesakit boleh sembuh sepenuhnya.

Pencegahan

Tibi adalah penyakit berjangkit. Kaedah terbaik untuk melindunginya adalah dengan cara meningkatkan pertahanan tubuh (imuniti). Cara yang boleh dipakai termasuklah :

1-mempastikan anak mendapat dua kali suntikan BCG. Pertama, semasa lahir dan kedua, ketika 
 berumur 12 tahun.

2-amalan pemakanan berzat bagi meningkatkan imuniti.

3-menjaga kebersihan tempat tinggal dan tempat kerja, khususnya dari segi 
   pengaliran udara bersih.

4-jangan biarkan tempat tinggal atau tempat kerja sentiasa tertutup tanpa aliran udara bersih.

5-jika mengalami penyakit kelemahan imuniti seperti mendapat rawatan steroid berpanjangan, mengidap kanser, mengidap HIV, pastikan kebersihan diri sentiasa dijaga, menjaga pemakanan dan juga tempat tinggal.

6-mendapatkan pengesanan awal jika sekiranya ragu-ragu, terutamanya bagi mereka yang mengesyaki ada konteks dengan pesakit.

Mencegah lebih baik daripada merawat kan? Jadi, sapa-sapa yang rasa dirinya ada tanda-tanda tersebut, tolong pergi periksa ok?

Penyakit ni bukan khusus untuk orang tua sahaja, orang muda pun boleh terjangkit!

Ramai orang sekarang ni suka cari bomoh kalau batuk berdarah. Katanya terkena ‘santau’. Padahal, kena Tibi. Buktikan dulu melalui medical check-up. Penyakit ni boleh rawat. Tak perlu bomoh.

Harap-harap korang dapat info yang berguna bagi entry Eja  kali ni. Wasalam

Selasa, 28 Oktober 2014

Petua Hilangkan Batuk

PETUA HILANGKAN BATUK
 1. Sapukan dengan Minyak Bawang Putih
Cara membuat minyak bawang putih -Panggang bawang putih dgn kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak, sapu di dada anak ketika batuk selsema..

-Bawang putih juga sbg antibakteria n antivirus..info khasiat bawnag putih selebihnya boleh rujuk http://allmedmedia.com/garlic-health-benefits/
2. Petua Garlic socks : 
Letakkan bawang putih pada stokin anak. Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt gambar di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.
 
Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus . 

Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time!
3. Petua bawang merah

Potong bawang merah kepada 2 dan letakkan di tepi bantal anak, buat selama 3 hari berturut. Bawang akan meng'absorb' semua virus2 di udara. Bawang yang terdedah tadi jangan di gunakan didalam makanan kerana dikuatiri memudaratkan. 




Nota : Jangan sekali2 menggunakan bawang yang telah terdedah. 


Eja belum mencuba.. insyaallah petua tradisional ini berguna sangat2..terima kasih Mr. google..

 

Lepas Demam Batuk Pulak..


BATUK TERUK

Demam Eja dah semakin surut batuk pulak tidak henti-henti. Sampai naik sakit kepala ni. Ya Allah... Tuhan je tahu letih bila kita batuk tak henti-henti.. Sebab ape kita batuk.. Jom Eja share sikit


Kalau diikutkan sudah beberapa botol ubat batuk aku habiskan tetapi batuknya tetap juga tidak hilang-hilang. Ada juga orang tua aku bagi minum rebusan herba dari tabib cina..rasanya manis, tapi baunya..pehhhhhh, nak terkeluar isi perut. Itu pun masih juga batuk ini segan-segan nak hilang. Mau Eja lari dulu..memang tak minum la
Jadi, apa yang aku buat sekarang adalah biarkan saja. Rasanya dah malas nak makan apa-apa ubat kecuali jadikan minuman panas seperti teh, nescafe, air limau ataupun air suam sebagai minuman wajib setiap kali menjamu selera. Tapi batuk tu hilang kejap je.. Jap lagi datang lagi..
Ada juga nasihat daripada rakan-rakan untuk Eja amalkan petua tradisional iaitu dengan meminum air suam dicampurkan dengan limau nipis dan juga madu. Yang itu masih lagi belum berkesempatan untuk Eja cuba, sebabnya tak sempat nak cari madu original. Nanti nak cuba la.
Sebab apa kita batuk :
Proses terjadinya batuk
Bagaimana terjadinya batuk
Batuk terbahagi kepada dua jenis iaitu:
  1. batuk kering – yang tidak menghasilkan kahak dan biasanya ia akan menyebabkan tekak berasa gatal
  2. batuk berkahak – yang menghasilkan kahak dan menyebabkan dada terasa penuh dan sukar bernafas. Secara teorinya, batuk jenis ini merupakan batuk yang “membantu” kerana ia mengeluarkan rembesan kahak daripada rongga pernafasan seseorang.
Inilah terjadinya batuk. Baruku tahu asal usulnya batuk...hohhhh hohhh

Lempeng Dari Insan Tersayang...





Assalamualaikum semua, Inilah lempeng manis hasil tangan suami :). Mase demam baru-baru ni x lalu nak makan. Eja mintakkan husburn buatkan lempeng.. Mudah jer nak sediakannya. Rasanya pun sedap sangat. Manis yang sedang-sedang aje, lembut dan ada rasa rangup juga Hee Hee. Di bawah ni Eja kongsikan resepinya. Bukanlah hebat sangat resepi ini, tapi Eja tetap rasa hebat kerana suami yang sediakannya :).

Sebenarnya bukan senang suami nak menjaga Eja yang sakit terlantar baring jer ni. Demam yang paling teruk la tahun ini.

Apapun, di bawah ini saya kongsikan resepinya  bersama anda semua. 

Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum.

1/2 cawan gula ( suka manis tambah)

1 biji telur (optional)

Secubit baking powder (optional)

Garam dan air secukup rasa

Sedikit minyak


Cara-cara

Gaulkan semua bahan tadi. Air yang digunakan kena pandai agak okay jangan sampai bancuhan tadi terlalu cair atau pekat tau. Kacau sebati bahan tadi dengan 'whisk' sekiranya ada. Kacau sampai bancuhan tadi tak berketul. 

Setelah bancuhan siap bolehlah menggorengnya dengan sedikit minyak atau butter di atas kuali leper. Kalau dah siap, hidangkan dan hiaskanlah mengikut citarasa anda. 


SELAMAT MENCUBA!!!

Kenapa Kita Demam


DEMAM ohhh DEMAM   !!!
* Demam adalah satu cara untuk tubuh kita melawan penyakit (salah satu fungsi penting dalam badan).

* Secara purata, suhu badan yang normal ialah 37 darjah celsius (bergantung kepada umur, keadaan persekitaran dan keadaan fizikal seseorang).

* Suhu badan meningkat menunjukkan badan sedang mengaktifkan sistem imun untuk menghasilkan sel darah putih, antibodi dan agen-agen lain untuk melawan penyakit.

* Punca-punca demam; jangkitan kuman, toksin, kanser dan juga sebarang penyakit autoimmune.

 * Juga boleh disebabkan oleh heatstroke, dimana suhu badan meningkat dan menjadi tidak terkawal.

 * Untuk demam yang ringan (suhu tidak terlalu tinggi), hanya perlu minum banyak air dan rehat.

 * Apabila demam, makan ubat untuk mengawal suhu daripada menjadi terlalu tinggi BUKAN untuk menghapuskan demam tersebut secara serta merta.

 * Sekiranya kanak-kanak didapati demam tetapi masih bergerak aktif, bermain dan tidak bermasalah untuk tidur, kemungkinan besar ia-nya hanya demam biasa dan tidak serius.

 * Jika demam berterusan melebihi tiga hari, berjumpalah dengan doktor/pakar kerana demam yang berterusan dan terlalu kuat boleh mengakibatkan kerosakan otak (khususnya di kalangan kanak-kanak). Demam berterusan juga adalah petanda bahawa ia bukan sekadar demam biasa dan memerlukan rawatan rapi.

Oleh itu, jangan salahkan badan jika kita demam.. sebaliknya bagi perangsang kepada sistem keimunan kita supaya ia mampu menyah aktifkan bakteria2 yang mengganggu gugat badan kite. :)..


Macam Eja 4 hari yang lalu Demam Panas...Abih seluruh badan sakit...kepala sakit...Nak bangun pun tak larat... Redha je la

Hari Stresss Aku


Hari ini datang kerja dengan badan yang lemah..demam pun belum kebah... bos mengarah - ngarah... aduh stress betul...



Tips Mengatasi Stress Di Tempat Kerja Stress adalah keadaan jiwa yang paling popular di abad ini. Cuba anda ingat kembali berapa banyak orang yang anda jumpa mengatakan bahawa mereka sedang mengalami stress atau mungkin anda sendiri sedang mengalaminya?

Stress bukan suatu penyakit, tetapi jika anda tidak dapat mengatasinya dalam waktu tertentu, anda akan mengalami banyak masalah kesihatan.


Sebuah artikel yang mengatakan bahawa :


  • Lebih dari 40 juta orang di Eropah atau setidaknya 1 dari 3 orang pekerja mengatakan bahawa mereka mengalami stress di tempat kerja.

  • Stress di tempat kerja adalah masalah kedua yang sering terjadi di samping masalah sakit belakang.

  • Dari hasil survey juga dikatakan bahawa lebih dari ¼ pekerja tidak hadir selama 2 minggu (akumulasi) dalam setahun kerana masalah kesihatan yang diakibatkan oleh stress.


Beberapa hal utama yang dapat menyebabkan stress di tempat kerja

~Keadaan kerja yang selalu berada di bawah tekanan.

~Ketidakjelasan tugas yang diberikan.

~Permintaan barang yang sangat tinggi.

~Kurangnya perencanaan kerja.

~Adanya ancaman di kalangan karyawan.

~Teriakan dan makian para pelanggan.

~Teman kerja yang selalu mengganggu.

~Ketidaknyamanan fizikal, seperti bunyi peralatan, mesin dan sebagainya.


Hal-hal ini dapat menimbulkan gangguan kesihatan fizikal dan mental seperti gelisah, gugup, tidak dapat fokus untuk waktu yang lama dan keletihan yang berkepanjangan.




Berikut adalah 9 tips mengatasi stress di tempat kerja :

1) Rancang dengan baik aktiviti anda : apa, mengapa, bagaimana, bila dan siapa yang bertanggung jawab terhadap tugas-tugas. Penting sekali untuk membuat perancangan bukan hanya jangka panjang tapi juga jangka pendek

2) Pastinya anda di masa lalu pernah mengalami masalah-masalah di tempat kerja. Cuba ingat-ingat kembali adakah cara-cara yang dapat anda gunakan untuk mengatasi masalah yang anda hadapi saat ini.

3) Ikutlah membangun suasana kerja yang menyenangkan, seperti dengan bersikap terbuka dan berkomunikasi dengan rakan sekerja.

4) Pastikan anda memahami terhadap tugas dan tanggung jawab anda, serta jangan ragu untuk bertanya.

5) Lakukan beberapa kali break untuk beberapa minit selama anda bekerja. Santai dan JANGAN MELAKUKAN APAPUN. Ambil nafas dalam-dalam.

6) Miliki sikap toleransi kepada rakan sekerja. Ingatlah bahawa setiap orang memiliki peribadi yang unik, sebagai contoh : beberapa orang justeru berprestasi lebih baik di bawah tekanan sementara sebagian yang lain memerlukan waktu lebih banyak untuk menyelesaikan pekerjaannya.

7) Delegasikan sebahagian tanggung jawab anda kepada anak buah anda.

8) Pertahankan semangat berpasukan anda, misalnya dengan melakukan perayaan-perayaan kecil, berolahraga atau berekreasi bersama.

9) Sediakan lingkungan kerja yang baik. Minimakan gangguan-gangguan seperti suara, ventilasi, cahaya dan suhu.

TONSIL Part 2 - Nutriferon Shaklee

 
Entry yang lalu Eja ceritakan tentang berlakunya tonsil. Pada kali ini bagaimana nak atasi jika ianya berapa diperingkat bahaya. Jom kita baca. Mulanya Pembesaran tonsil/amandel menjadi sangat besar sehingga tonsil kiri dan kanan saling bertemu dan dapat mengganggu jalan pernafaasan. Penyebab penyakit Tonsilitis kronis ini adalah kuman golongan Streptococcus beta hemolyticus, Streptococcus viridans, dan Streptococcus pyogenes. Akibat berlakunya tonsil berulang kali ini mengakibatkan tonsil menjadi membesar dan mengalami bengkak, bahkan sampai sukar untuk kita bernafas. 

Simptom-simptom penyakit :
Demam 

  • Susah untuk menelan kerana sakit tekak
  • Bunyi suara yang ganjil
  • Kebengkakan pada kelenjar tekak Kelenjar tekak akan kelihatan Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.

Bila kelenjar tonsil patut dibuang ?

Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy): 
Apabila jangkitan berulang - ulang. Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda. Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.
 

Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan? 

Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi. Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk. 
Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ?

Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:
  • Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
  • Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
  • Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
  • Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.
 
Tonsilitis adalah disebabkan jangkitan kuman. Jika kita ke klinik kerana demam atau sakit tekak, doktor akan melihat ke dalam mulut untuk melihat samada tonsil membengkak. Doktor akan memberikan antibiotik kepada kita untuk masalah ini.

Ya, antibiotik adalah sesuatu yang akan diberikan doktor. Ia bertindak memusnahkan kesemua virus di dalam tubuh termasuk juga kuman yang baik. Jika diamalkan, lama kelamaan kuman jahat di dalam tubuh akan menjadi imun dengan antibiotik biasa maka anda memerlukan antibiotik yang lebih kuat apabila dijangkiti lagi kelak. 

Biasa dengan kan? Mencegah, lebih baik dari mengubati. Jika kita inginkan sesuatu yang bersifat semulajadi, selamat dan tiada kesan sampingan, Nutriferon adalah jawapannya. Nutriferon merupakan hasil kajian immunilogist jepun, Dr. Yasuhiko Kojima. selama 40 tahun penyelidikan ke atas lebih 200 herba yang membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Ianya menggunakan herba semulajadi maka selamat dan tidak mengundang bahaya atau risiko. 

Memandangkan tonsilitis disebabkan jangkitan kuman, maka nutriferon adalah pilihan terbaik untuk sistem pertahanan badan / imunisasi. 
 
So, Nutriferon adalah pencegahan terbaik, berkesan dan merawatnya hingga keperingkat akar umbi.
 


Pengedar SHAKLEE COD : 
 
Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan boleh hubungi saya di:

Normaliza Md. zain @ Eja Meliza

♥Shaklee Independent Distributor (ID No. 1117266)

♥ Pm/whatsApp: 017-6569 125 

♥ Fb : www.facebook.com/beautifulmamaja atau ejameliza@gmail.com
Anda akan diguide secara betul dariShaklee Independent Distributor Normaliza Md. Zain @ Eja Meliza.Termasuklah cara makan yang betul,tips dan consultation 100%sepanjang pengambilan vitamin Shaklee
____________________________________________
**Semoga panduan ini dapat memberikan gambaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah sebelum terlambat.
 
P/S : tengah mencari SUPPLEMENT baik untuk badan. 
 
What's ur OPINION? 
 
 
 

Popular Posts