Rabu, 1 Oktober 2014

Refleksologi - Titik Pusat Saraf


Maksud refleksologi ialah titik pusat saraf. Sebab titik ini ada kaitan dengan organ tubuh tertentu.  Bila kita mengurut titik saraf  dikaki mampu terus berhubung dengan adrenal bahagian refleks tubuh yang lain.

Refleksologi adalah rawatan yang digunakan untuk kesihatan badan kerana ia membuktikan dapat mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf supaya sihat dengan optimum. Ia merupakan teknik yang diurut pada sekitar tapak kaki. Sebenarnya ini berasal dari perubatan china yang telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia. Banyak yang boleh kita perolehi dari urutan refleksoligi ini. 

Eja selalu tengok orang buat urutan ini. Dan Eja pernah cuba sekali sahaja. Kita akan rasa lega, lebih tenang, segar dan lebih sihat dan sedap je tapak kaki tu. Buat urutan kaki memang sakit sikit sebabnya rasa sakit tu lah petunjuk yang kita ini ada masalah kat mana-mana. Tahukah anda, kaki kita merangkumi 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika kita ada mengalami kecederaan tulang, sendi dan ligamen ia mampu memberi komplikasi bagi kesihatan tubuh seseorang antaranya rasa lenguh di lutut, tegang pada bahagian bahu dan ada masalah sembelit. Kalau kita perasan tapak kaki kita melengkung. Ia mampu beri kekuatan untuk menampung berat badan manusia dan pergerakan. Namun ia akan berubah jika menerima tekanan terus menerus dan kurang beri perhatian pada kaki.

Okey kita terus kepada kelebihan rawatan refleksilogi ni :
  • Melancarkan Pengaliran Darah
  • Meningkatkan Daya Tahan Individu
  • Menggurangkan Risiko Tulang Reput
  • Menyeimbangkan Kedudukan Badan
  • Melancarkan Pergerakan
  • Menguatkan Otot Kaki
  • Mengurangkan Risiko Kencing Tidak Lawas
  • Menguatkan Tulang dan Penggul
  • Mengurangkan Risiko Sakit Sendi
  • mengelak Risiko Sembelit
  • Mengurangkan masalah Usus
  • Mengurangkan Masalah Pada Bahagian Peranakan
Bila kita senang, boleh la pergi buat rawatan refleksologi. Tapi kene berhati-hati kene cari yang betul-betul mahir.



Kalo rajin bolehlah cuba sendiri.

Tiada ulasan :

Popular Posts