Khamis, 11 September 2014

Kecilkan Lengan!!! Meh ikut cara Eja..


Jom kita lakukan senaman kecilkan lengan. Eja tengah misi mengecilkan lengan ni.. hihihi banyak baju bagian lengan dah sempit...  Lenganku makin besar...ada marceal..orang punya marceal kat atas tapi Eja kat bawah..huhuhu Hujung minggu ni kita practikkan ye..

Di bawah ini ada beberapa langkah yang boleh di amalkan bagi mendapatkan lengan yang langsing dan menarik. Ikuti langkah-langkah berikut :
11) Dips
Gerakan ini fokus untuk meregangkan otot triceps yang terletak di bahagian belakang lengan dimana kebiasaannya lemak banyak tertumpu di bahagian tersebut dan mengakibatkan lengan bergelambir. Gunakan kerusi, anak tangga atau benda lain yang sesuai digunakan. Pastikan kedua belah tangan anda berpaut pada kerusi tersebut dan menahan beban badan anda. Turunkan tubuh anda secara perlahan-lahan sehingga siku anda berada lebih kurang tahap 90° sudut. Kemudian naikkan semula badan anda ke atas seperti keadaan asal. Pastikan punggung anda tetap lurus dan berat badan anda seimbang antara tangan dan kaki. Ulang langkah tersebut lebih kurang 8 kali.
42) Weighted Punch
Anda boleh lakukan langkah ini dalam keadaan berdiri atau pun duduk mengikut keselesaan anda sendiri. Gunakan dump bell sebagai bebanan pada tangan anda dan gerakkan tangan ke atas setinggi yang mungkin. Kemudian turunkan semula tangan anda seperti membentuk huruf ‘V’. Lakukan langkah yang sama pada kedua-dua belah tangan anda. Jika anda mempunyai satu set dump bell, anda boleh lakukan secara serentak di kedua-dua belah tangan anda. Percepatkan kadar kelajuan tetapi berhenti jika tangan anda sudah terasa lenguh.
53) Wall Push Up
Sandar tubuh anda ke dinding dengan menggunakan kedua belah tangan anda. Pastikan posisi anda berada dalam keadaan lurus terutama pinggang tidak membengkok. Secara perlahan-lahan, gerakkan tubuh anda yang lurus tersebut ke hadapan sehingga muka anda berada dekat menghadap dinding. Jangan lakukan langkah ini secara main-main kerana mungkin kepala anda akan terhantuk kedinding secara tidak sengaja. Pastikan juga kawasan anda berdiri tersebut tidak basah bagi mengelakkan dari tergelincir dan terjatuh ke bawah.
24) Trisep Push Up
Langkah ini akan meregangkan otot Trisep anda iaitu otot lengan di bahagian depan. Biarkan tubuh anda dalam keadaan meniarap ke lantai atau pun padang. Pastikan kedua belah tapak tangan anda menyentuh ke lantai secara rata dan kaki anda berada dalam keadaan lurus. Angkat bebanan badan anda sendiri secara perlahan-lahan keatas dan kebawah. Pastikan pinggang anda tidak membengkok. Jika tidak pinggang anda akan terasa sakit selepas melakukan langkah ini.
35) Alternating Curls Biceps
Pegang Dump Bell anda secara rapi dan gerakkan tangan anda ke arah bahagian dada anda. Tetapi anda pastikan juga agar dump bell tersebut tidak terlalu dekat dengan dada sehingga mengakibatkan sebarang kecederaan. Biar kan siku anda berada dalam keadaan tetap dan tidak bergerak. Lakukan langkah ini sebanyak 8 kali pada sebelah tangan kanan dan 8 kali juga pada sebelah tangan kiri. Anda juga boleh tambahkan kelajuan mengikut kekuatan tangan anda. Tetapi jangan terlalu memaksa tangan anda kerana otot mungkin akan terasa sakit selepas melakukan langkah ini.

SELAMAT MENCUBA!!

Tiada ulasan :

Popular Posts