Selasa, 30 September 2014

Bersalin Ceaser Luka Cepat Kering

Pembedahan Caesarean


Pembedahan Caesarean adalah pembedahan dibahagian perut dan Rahim (uterus) agar bayi boleh dikeluarkan. Pembedahan ini hanya dilakukan pada wanita mengandung. Mengikut pengalaman Eja, sudah 2 kali Caesar. Anak pertama dan kedua. Belum ada rezeki nak bersalin normal. Hari ini Eja nak tulis entry berkaitan bersalin caeser. Jom kita intai-intai dan baca.

Terbahagi 2 bahagian :

i) Caesarean yang dirancang
ii) Caesarean tidak dirancang

Kedua-duanya hamper sama, cuma yang membezakannya adalah dirancang (jadualkan) dan tidak dirancang mengikut kes-kes tertentu emergency sahaja.

Biasaya caesarean yang tidak dirancang, perlu dilakukan segera lebih kurang sejam selepas kejadian kes seperti ibu atau bayi  menghadapi kompliksi yang mengancam nyawa ketika proses mengandung, sakit hendak bersalin terhenti atau sangat lambat, dan sebagainya.

Sebelum pembedahan doktor yang memantau anda akan memberitahu dan membuat penerangan terperinci tentang prosedur proses pembedahan secara caesarean. Pada masa inilah kita akan ketahui dari doktor kenapa kita akan dibedah dan risiko jika kita tidak mahu dibedah serta akan diterangkan tentang meminta kebenaran dari pihak keluarga atau waris sebelum proses pembedahan caesarean. Tentu kita akan blur seketika. Masa Eja 3 tahun lepas 3 pembedahan diperut. 1 disebabkan etopic dan 2 lagi bersalin secara caesarean. Takut memang la takut, kecut perut, kaki tangan sejuk dah jadi biru tapi Eja berserah alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum pembedahan caesarean:
  • Satu tititsan (drip) akan dimasukkan ke dalam pembuluh darah di lengan anda. Ini akan memudahkan pemberian ubat-ubatan nanti jika anda memerlukannya.
  • Anda akan diberi ubat bius. Biasanya bius diberikan pada tempat-tempat tertentu bila perlu, bagi prosedur ini, ia disalurkan melalui suntikan anesthesia epidura atau sekatan spina. Ini bermakna bahagian bawah badan anda akan terasa kebas. Ia lebih selamat untuk anda dan bayi anda daripda anestesi am, yang membuatkan anda tidur.
  • Tiub nipis atau kateter akan dimasukkan ke dalam pundi kencing melalui urethra anda. Ini akan memastikan pundi kencing anda dikosongkan. Ia boleh dimasukkan selepas ubat tahan sakit dimasukkan, supaya anda tidak merasa sakitnya.
  • Kawasan faraj anda, di mana pembedahan akan dilakukan, akan dicukur rapid an dibersihkan dengan antiseptik.
  • Anda akan diberikan stokin putih, air yang banyak atau suntikan penipisan darah untuk mengurangkan risko terbentuknya darah beku di dalam saluran darah kaki anda (deep vein thrombosis).
  • Peralatan untuk memantau tekanan darah anda akan diletakkan pada lengan anda.
  • Elektrod akan diletakkan pada dada anda untuk mengawasi degupan jantung anda. Alat pengesan nadi juga akan diletakkan pada jari anda.
  • Plat plastik yang berpelekat akan diletakkan pada kaki anda. Ia digunakan oleh pakar bedah kita untuk membumikan aliran elektrik yang dihasilkan oleh peralatan elektrik yang digunakan ketika pembedahan caesarean tersebut. Jangan risau kerana plat bumi itu tidak memberi kesan kepada kita.


  • Anda mungkin diberi pilihan untuk:


Kita akan berada di dalam bilik pembedahan sehingga lebih kurang sejam. Tapi dalam sejam tu bagaikan setahun. Lama sangat rasanya. Mungkin kita takut dan gementar pada masa itu.Proses menutup pembukaan di perut anda mengambil masa yang jauh lebih lama, kerana ia lebih rumit daripada membuka perut anda. Proses ini mungkin mengambil masa yang lebih lama jika anda pernah melalui pembedahan caesarean sebelum ini. Ia bergantung kepada bilangan parut pembedahan yang anda perolehi daripada pembedahan-pembedahan sebelum ini. 

Bagi proses penutupan, doktor akan membuat jahitan berganda untuk memperbaiki uterus anda. Insisi di dalam perut anda akan ditutup secara berperingkat. Akhir sekali, kulit luar akan ditutup dengan jahitan atau kokot. Apabila anda sudah sedia, anda akan dipindah balik ke bilik wad anda di mana suami dan jika tiada masalah, bayi atau bayi-bayi anda sedang menunggu. 



Badan anda mungkin akan mula menggigil kerana semasa pembedahan, suhu badan anda akan jatuh. Ini adalah kerana ubat anestetik yang diberi mengurangkan kadar kawalan suhu badan anda dan biasanya bilik pembedahan adalah sejuk. Anda mungkin mendapati keadaan ini agak menggentarkan, tetapi ia tidak membahayakan dan biasanya berlarutan selama setengah jam sahaja. Jururawat atau bidan yang menjaga anda akan memastikan badan anda dipanaskan dengan selimut dan minuman. Jururawat akan membantu anda untuk menyusukan bayi. Jika kita kali pertama menyusu, jururawat akan membantu dan membuatkan anda rasa lebih selesa untuk menyusu dan akan menjaga anda sejurus selepas pembedahan selesai

Bagaimana kita mahu luka ceaser cepat kering

Tahukah anda Zink Complex Shaklee sangat-sangat membantu cepat keringkan luka bersalin caesarean anda. Bagaimana ia berfungsi, jom Eja terangkan. Berikut dibawah merupakan fungsi Zinc Complex memainkan peranan dalam penyembuhan luka caesarean.



Bagaimana Zinc Shaklee Membantu Mengeringkan Luka Dengan Pantas?

Berita baik kepada mereka yang kurang gemarkan perubatan tradisional iaitu pengemar ikan haruan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan/ pati ikan haruan atau air gamat yang sedikit hanyir, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan atau gamat.

Selain itu, zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas bersalin.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah “kedinginan” selepas bersalin. Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Tubuh manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka. Penjagaan pada luka caesarean amat penting kerana kita perlu elakkan dari jangkitan kuman. Dan yang penting juga terjadinya rekahan pembedahan. Nahuzubillah dijauhkan.


Cara Pengambilan

Eja mengambil sebiji setiap pagi sebelum sarapan sebagai anti penuaan. Dalam masa pantang ni, Eja ambil 2 biji sebelum sarapan bertujuan untuk mempercepatkan luka bersalin untuk baik dan mengelakkan keguguran rambut. Sebotol tahan 2 bulan. 

Kalau masa bukan berpantang, sehari cuma ambil sebiji je. Sebotol boleh tahan 4 bulan. Memang berbaloi.




Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan boleh hubungi saya di:

Normaliza Md. zain @ Eja Meliza

♥Shaklee Independent Distributor (ID No. 1117266)
♥ Pm/whatsApp: 017-6569 125 
♥ Fb : www.facebook.com/beautifulmamaja atau ejameliza@gmail.com
Anda akan diguide secara betul dari
Shaklee Independent Distributor Normaliza Md. Zain @ Eja Meliza.
Termasuklah cara makan yang betul,tips dan consultation 100%
sepanjang pengambilan vitamin Shaklee.
____________________________________________

**Semoga panduan ini dapat memberikan gambaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah sebelum terlambat.



P/S : tengah mencari SUPPLEMENT baik untuk badan. 

What's ur OPINION?


Tiada ulasan :

Popular Posts