Khamis, 9 Oktober 2014

Haji dan Umrah - Kekal Cergas Dan Bertenaga Ketika Panggilan


Info tentang pakej Haji dan Umrah serta semasa lawatan di Mekah dan Madinah. Mudahan dapat membantu dan memudahkan mereka untuk membuat persediaan serta persiapan menjadi tetamu Allah. Amin, Eja pon berdoa mudahan dimurahkan rezeki menjejak kaki kesana dalam masa 2 tahun lagi.
 


 
Sedikit info Umrah bukanlah ibadah untuk orang yang telah berumur (umur melebihi 50 tahun). Umrah juga boleh dikerjakan oleh orang Islam yang masih muda tidak semestinya warga emas je. Semasa mengerjakan Umrah, ramai pasangan muda dan jemaah muda mengerjakan Haji dan Umrah. Jika ada kelapangan waktu dan simpanan kewangan yang lebih, adalah lebih baik untuk beribadah semasa umur masih muda dan keizinan kesihatan yang baik. Peluang mengerjakan ibadah haji dan umrah jangan dipersia-siakan. Masa sihat la kita boleh beribadat, senang nak jalan, gerak, dan tiada masalah ketika beribadat.
 
Untuk mengerjakan Umrah, tiada tempoh minima yang ditetapkan tetapi tempoh maksimum yang diberikan oleh Kementerian Haji Saudi kebiasaannya adalah satu bulan (Visa Umrah). Untuk melengkapkan ibadah Umrah, adalah dinasihatkan supaya jemaah menziarahi Maqam Rasullullah SAW. Oleh yang demikian, perjalanan Umrah akan termasuk Madinah dan Mekah. Bilangan hari yang paling minima (selesa) adalah 3 malam di Madinah dan 3 malam di Mekah. Dalam tempoh minima itu, jemaah akan sempat menziarahi lokasi bersejarah di Madinah dan Mekah. Untuk melakukan ibadah Umrah yang lebih singkat (minima) ia akan tertakluk kepada waktu penerbangan dan kekosongan tempat duduk. Jangka waktu pakej Umrah adalah diantara 12 hari dan 15 hari.
O Permohonan Visa Umrah selalunya akan di buka pada bulan February/March sehingga bulan July (sebelum bulan Ramadhan). Proses untuk mendapatkan Visa Umrah adalah dalam jangkamasa 1 bulan, tertakluk kepada semua maklumat adalah lengkap. Agensi pelancongan akan memasukkan maklumat setiap jemaah ke dalam Sistem Enjazid (Kementerian Haji Saudi). Kejayaan untuk mendapatkan Visa Umrah adalah tertakluk kepada 'The Royal Embassy of Saudi Arabia'.
 
Sebelum mengerjakan Haji atau Umrah, jemaah dinasihatkan untuk melakukan senaman ringan. Senaman seperti berjalan dan berlari akan menambahkan stamina anda. Latihan sebegini adalah bagus kerana semasa di Madinah dan Mekah, jemaah akan banyak menunggu, Dengan adanya kekuatan fizikal, jemaah boleh melakukan ibadah dengan tenang dan lebih sempurna.
 
Untuk melakukan ibadah Haji dan Umrah, jemaah perlu makan untuk mendapat tenaga. Elakan dari memakan makanan yang pedas dan berminyak kerana ia akan mengganggu sistem usus. Tanda dan tempat mengambil wudhu terletak di luar kawasan Masjid dan selalunya, Masjid akan di penuhi jemaah pada setiap solat Fardhu. Untuk Jemaah Haji, tandas adalah terhad di Arafah dan Mina. Oleh yang demikian, makan makanan seimbang semasa beribadah.
 
 
Padang Arafah
 
Perbanyakkan minum air semasa cuaca panas, dan makan buah-buahan untuk mengelakkan dari kekurangan air di dalam badan. Untuk kaum wanita yang datang haidh, elakkan dari memakan buah atau jus oren dan limau.
 
Digalakkan membawa Ihram tambahan. Ihram boleh di beli di Madinah dan Mekah, tetapi lebih elok untuk membawa Ihram tambahan kerana harga dan saiz berbeza.
 
Jika anda a berkesempatan untuk pergi ke Masjid. Cuba pergi lebih awal, satu jam lebih awal (kalau boleh) kerana untuk mengelakkan dari kesesakan. Jika dapat menghadirkan diri lebih awal, ambilalah peluang untuk mendirikan Solat Sunat di tempat yang selesa dan sesuai di dalam Masjid.
 
Sebelum berangkat untuk mengerjakan Haji atau Umrah, adalah baik jika jemaah mempelajari Solat Jenazah. Solat Jenazah dilakukan hampir setiap waktu di Makah dan Madinah.
 

Jika ingin mendirikan Solat di depan Kaabah, lakukan Tawaf Sunat selepas Adzhan. Sebelum Bilal qamat, perhatikan jemaah akan membuat saf-saf mengelilingi Kaabah. Ketika ini sedikit tolak-menolak diantara jemaah akan berlaku untuk membetulkan saf. Apabila Solat dimulakan, anda akan berada paling dekat dengan Allah. Selepas solat, jika sunat tawaf belum selesai, sambung sahaja tawaf sunat anda. Kalau berkesempatan, cubalah sekali, anda tidak akan kecewa. Waulahualam.
 
Wanita dibolehkan pegi ke Masjid pada Solat Jumaat, tetapi ia hanya dikira sebagai Sunat. Tetapi Solat Jumaat adalh wajib bagi lelaki. Oleh yang demikian, diharapkan jemaah wanita dapat memberi peluang dan ruang kepada jemaah lelaki untuk Solat Jumaat.
 
Di dalam Masjidil Haram, terdapat ruang Solat di aras bawah, tingkat satu dan kawasan bumbung. Untuk jemaah wanita, terdapat ruang Solat di aras bawah dan tingkat satu. Terdapat papan tanda untuk ke ruang solat wanita tetapi ruang solat adalah terhad untuk jemaah wanita. Semua pintu masuk dikawal oleh polis dan tentera Arab Saudi. Ada pintu khas untuk jemaah wanita, dan jemaah lelaki tidak dibenarkan masuk melalui pintu wanita.
 
Tawaf. Jika waktu Tawaf mengelilingi Kaabah terlalu ramai jemaah, ia boleh di lakukan di aras satu atau dua. Pusingannya akan menjadi beasr, lebih kurang 700 hingga 800 meter, untuk setiap pusingan. Jika keadaan fizikal jemaah adalah baik, jemaah boleh menghabiskan 7 pusiangan dalam masa 1 jam 30 minit. Mungkin masa yang diambil adalah melebihi 1 jam, keadaan laualn adalah lebih luas dan selesa. (Tetapi elakkan semasa waktu solat Fardhu kerana kesesakan).
 
Apabila anda memasuki Masjid, anda boleh meletakkan selipar atau kasut di rak-rak kasut yang disediakan. Jika anda ingin keluar Masjid melalui pintu yang lain, anda boleh membawa selipar atau kasut ke dalam masjid. Anda dinasihatkan supaya membawa beg atau plastik untuk memasukkan dan menyimpan selipar/kasut. Didalam Masjid terdapat rak-rak kasut yang bernombor atau jika penuh, anda boleh meletakkan selipar/kasut di antara kaki anda semasa solat.

Cadangan Untuk Kekal Cergas Dan BertenagaBagi pendapat Eja, disamping kita berdoa agar dikekalkan kesihatan ketika berada di sana. Kita juga perlu bersedia dari segi bekalan perubatan yang secukupnya ketika disana. Ini adalah kerana perubahan cuaca yang tidak sama dengan Malaysia dan tidak menentu. Bekalan perubatan itu penting untuk kita sentiasa sihat dan dapat khusyuk ketika melakukan ibadat. Peluang yang diberi kita gunakan sebaik mungkin.

Tetapi, jika kita mahu lebih baik dan tidak mahu ada masalah kesihatan disana nanti. Apa kata kita membuat langkah pencegahan dengan mengambil suplemen yang mencukupi untuk menampung tuntutan fizikal yang tinggi ketika di Tanah Suci nanti. Bukan apa kita juga yang rasa lebih berkeyakinan dan bertenaga lebih-lebih lagi ibu bapa kita yang berumur perlukan tenaga untuk melakukan perkara-perkara ibadat tambahan. Bukan senang untuk jejak kaki kesana. Dah sampai mesti la kita nak yang terbaikkan.

Anda boleh membawa apa jua bentuk suplemen bagi membantu anda kekal cegas sepanjang 40 hari berada di Tanah Suci. Tetapi, pastikan anda membawa suplemen yang mencukupi dan fungsi yang betul agar anda dapat menjaga kesihatan anda dari segala aspek. Ini hanyalah persediaan daripada kita. Hakikatnya, sihat sembuh kita di sana adalah daripada Allah juga. Benarkan!!

Tetapi, kita perlu bersedia dengan langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya. Sediakan payung sebelum hujan.

Set Kekal Cergas Dan Bertenaga Untuk Bakal Haji Di Tanah Suci



SET ASAS HAJI:-

 

1) Vitalea - Multivitamin untuk membekalkan nutrisi yang lengkap dan cukup kepada kita kekal cergas dan bertenaga sepanjang masa di tanah suci.


 

2) B Complex - Berfungsi untuk membekalkan tenaga, meningkatkan ketahanan antibodi serta mengurangkan stress akibat kekurangan tidur sepanjang ibadah Haji.


3) Vitamin C - Meningkatkan imunisasi tubuh badan untuk melawan penyakit.


 
4) NutriFeron - Memberikan sistem ketahanan badan / elak demam .
 
SET KESIHATAN SENDI:-

Bagi jemaah haji berusia 50 tahun ke atas (WARGA EMAS), Eja mencadangkan agar  turut mengambil Set Kesihatan Sendi.Ini kerana sepanjang musim haji nanti, anda perlu banyak berjalan, berkilo-kilo meter. Dan ini betul-betul memerlukan anda mempunyai kesihatan kaki yang baik.

Adakalanya, mereka yang berusia 40 tahun ke atas ini akan mengalami kaki kejang, kebas dan sakit-sakit di bahagian lutut. Ini perkara normal. Tapi kita perlu ambil inisiatifkan!!

Percayalah, jika anda mula sakit lutut atau kaki di sana, Nauzubillah. Anda perlu ditolak dengan wheelchair untuk ke sana dan ke mari. Ini mungkin akan mengganggu amal ibadah anda di sana nanti.

SET KESIHATAN SENDI yang mengandungi :
 


1) Ostematrix - Mengelak kekejangan kaki akibat berjalan jauh. Membekalkan kalsium bagi menguatkan tulang untuk ibadah-ibadah yang memerlukan kekuatan fizikal di sana.

2) Omegaguard - Mengurangkan sakit kepala, meningkatkan sistem imun tubuh, memelihari fungsi fungsi sendi dan anti-radang.


3) Advance Joint Health Tablet - Membekalkan glucosamine bagi memelihara kesihatan lutut untuk berjalan jauh.

Semua suplemen ini hanyalah sebagai cadangan Eja sahaja. Anda boleh mendapatkan konsultasi dan khidmat nasihat daripada Eja secara percuma untuk mengetahui lebih detail mengenai suplemen-suplemen di atas. Ini adalah pandangan Eja secara peribadi. Jika ada dikalangan anda, ibu bapa, jiran jiran, saudara-mara anda yang bakal menunaikan haji pada tahun ini perlulah buat persediaan dan bekalan supplement yang bersesuaian untuk kemudahan anda disana.

Ini adalah sebahagian daripada ikhtiar kita untuk kekal cergas dan bertenaga ketika di sana. Untuk makluman anda, harga suplemen di farmasi di sana jauh lebih mahal berbanding jika anda membeli di Malaysia.



Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan boleh hubungi saya di:

Normaliza Md. zain @ Eja Meliza

♥Shaklee Independent Distributor (ID No. 1117266)

♥ Pm/whatsApp: 017-6569 125 

♥ Fb : www.facebook.com/beautifulmamaja atau ejameliza@gmail.com
Anda akan diguide secara betul dariShaklee Independent Distributor Normaliza Md. Zain @ Eja Meliza.Termasuklah cara makan yang betul,tips dan consultation 100%sepanjang pengambilan vitamin Shaklee
____________________________________________

**Semoga panduan ini dapat memberikan gambaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah sebelum terlambat.

P/S : tengah mencari SUPPLEMENT baik untuk badan. 

What's ur OPINION?

Tiada ulasan :

Popular Posts