Rabu, 8 Oktober 2014

Menjadi Tetamu Allah

Alhamdulillah Menjadi Tetamu Allah..

 
Bacaan surah Al-Haj, ayat 27:
 
Alhamdulillah bulan ini bulan Haji (Zulkaedah dan Zulhijjah).
Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Al-Qurtubi berkata, setelah Nabi Ibrahim siap mendirikan Kaabah, baginda diperintah untuk memanggil manusia untuk mengerjakan haji. Lalu Nabi Ibrahim bertanya, “Wahai Tuhanku, adakah suaraku sampai kepada mereka?” Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Panggillah, akulah yang akan menyampaikannya”. Nabi Ibrahim a.s. pun naik ke Jabal Qubaisy, dan berseru, “Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan kalian untuk menziarah Kaabah untuk memberi syurga kepada kalian, dan menyelamatkan kalian daripada neraka. Jadi, pergilah menunaikan ibadat haji.” Semua roh yang berada di sulbi lelaki dan rahim perempuan menyambut seruan tersebut dan berkata, “Labbaika Labbaika (Aku penuhi seruan-Mu, Aku penuhi seruan-Mu)”. Sesiapa yang menjawab pada ketika itu, maka dia akan berhaji mengikut jawapannya. Jika menjawab sekali, maka dia berhaji sekali. Jika menjawab dua kali, maka dia berhaji dua kali dan begitulah seterusnya. Demikianlah disyariatkan talbiah.
 
Pernahkah kita terdetik dihati nak menjadi tetamu Allah. Jika kita terpilih sebagai tetamu Allah SWT suatu hari nanti. Tentu bahgia hidup ini. Siapa la yang tidak mahu kesana. Yang mampu mungkin boleh pergi, tapi yang kurang mampu perlu simpan duit dan bila keadaan mengizinkan, insyaallah sampai juga. Amin
 
Tahukah anda, mengerjakan haji atau umrah adalah tidak sama seperti musafir untuk pergi melancong. Setiap pergerakan, perbelanjaan kita adalah ibadah dan akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Antara persiapan yang perlu dilakukan ialah daripada segi fizikal, mental dan rohani. Daripada segi fizikal, kita perlu menjaga kesihatan dan kecergasan. Daripada segi mental pula, kita perlu bersedia menghadapi ujian-ujian yang bakal menimpa. Daripada segi rohani pula, kita perlu meningkatkan ketaqwaan kepada Allah kerana itulah sebaik-baik bekalan.
 
Antara persiapan mengerjakan haji ialah:
Jaga akidah daripada perbuatan syirik. Contoh mudah – ada orang yang menganggap hajar aswad, kaabah dapat memberi syafaat/mudarat kepada seseorang. Kita perlu berhati-hati kerana Allah tidak akan menerima amalan orang yang ada syirik kepada-Nya. Dari segi kewangan adalah sumber yang halal. Seterusnya keikhlasan kita perlu dijaga dalam setiap amalan kebaikan yang ingin dilakukan.
 
Kita akan berpisah dengan keluarga untuk jangkamasa yang panjang (lebih kurang 40 hari). Dalam perjalanan juga kita akan diberi ujian-ujian oleh Allah. Oleh itu, kita perlu tingkatkan kesabaran dan ingat bahawa permusafiran itu juga merupakan satu bentuk ujian daripada Allah.
 
Dalam mengerjakan rukun-rukun haji, kita akan mengalami kesesakan kerana jumlah orang yang ramai. Oleh itu , kita perlu banyak bersabar dan bertolak-ansur. Segala kepayahan dan kesukaran yang dialami adalah sebagai satu jalan mujahadah kepada jalan Allah. Seterusnya, kita perlu mempersiapkan diri dengan ilmu, terutamanya ilmu mengerjakan haji.
 
Dalam antry akan datang Eja akan ceritakan supplement yang sesuai ketika menunaikan Haji dan Umrah.
 
Moga dapat beri sedikit info kepada semua.
 


Tiada ulasan :

Popular Posts