Selasa, 28 Oktober 2014

Lepas Demam Batuk Pulak..


BATUK TERUK

Demam Eja dah semakin surut batuk pulak tidak henti-henti. Sampai naik sakit kepala ni. Ya Allah... Tuhan je tahu letih bila kita batuk tak henti-henti.. Sebab ape kita batuk.. Jom Eja share sikit


Kalau diikutkan sudah beberapa botol ubat batuk aku habiskan tetapi batuknya tetap juga tidak hilang-hilang. Ada juga orang tua aku bagi minum rebusan herba dari tabib cina..rasanya manis, tapi baunya..pehhhhhh, nak terkeluar isi perut. Itu pun masih juga batuk ini segan-segan nak hilang. Mau Eja lari dulu..memang tak minum la
Jadi, apa yang aku buat sekarang adalah biarkan saja. Rasanya dah malas nak makan apa-apa ubat kecuali jadikan minuman panas seperti teh, nescafe, air limau ataupun air suam sebagai minuman wajib setiap kali menjamu selera. Tapi batuk tu hilang kejap je.. Jap lagi datang lagi..
Ada juga nasihat daripada rakan-rakan untuk Eja amalkan petua tradisional iaitu dengan meminum air suam dicampurkan dengan limau nipis dan juga madu. Yang itu masih lagi belum berkesempatan untuk Eja cuba, sebabnya tak sempat nak cari madu original. Nanti nak cuba la.
Sebab apa kita batuk :
Proses terjadinya batuk
Bagaimana terjadinya batuk
Batuk terbahagi kepada dua jenis iaitu:
  1. batuk kering – yang tidak menghasilkan kahak dan biasanya ia akan menyebabkan tekak berasa gatal
  2. batuk berkahak – yang menghasilkan kahak dan menyebabkan dada terasa penuh dan sukar bernafas. Secara teorinya, batuk jenis ini merupakan batuk yang “membantu” kerana ia mengeluarkan rembesan kahak daripada rongga pernafasan seseorang.
Inilah terjadinya batuk. Baruku tahu asal usulnya batuk...hohhhh hohhh

Tiada ulasan :

Popular Posts