Selasa, 28 Oktober 2014

Lempeng Dari Insan Tersayang...





Assalamualaikum semua, Inilah lempeng manis hasil tangan suami :). Mase demam baru-baru ni x lalu nak makan. Eja mintakkan husburn buatkan lempeng.. Mudah jer nak sediakannya. Rasanya pun sedap sangat. Manis yang sedang-sedang aje, lembut dan ada rasa rangup juga Hee Hee. Di bawah ni Eja kongsikan resepinya. Bukanlah hebat sangat resepi ini, tapi Eja tetap rasa hebat kerana suami yang sediakannya :).

Sebenarnya bukan senang suami nak menjaga Eja yang sakit terlantar baring jer ni. Demam yang paling teruk la tahun ini.

Apapun, di bawah ini saya kongsikan resepinya  bersama anda semua. 

Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum.

1/2 cawan gula ( suka manis tambah)

1 biji telur (optional)

Secubit baking powder (optional)

Garam dan air secukup rasa

Sedikit minyak


Cara-cara

Gaulkan semua bahan tadi. Air yang digunakan kena pandai agak okay jangan sampai bancuhan tadi terlalu cair atau pekat tau. Kacau sebati bahan tadi dengan 'whisk' sekiranya ada. Kacau sampai bancuhan tadi tak berketul. 

Setelah bancuhan siap bolehlah menggorengnya dengan sedikit minyak atau butter di atas kuali leper. Kalau dah siap, hidangkan dan hiaskanlah mengikut citarasa anda. 


SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan :

Popular Posts