Rabu, 29 Oktober 2014

Tanda-tanda TIBI (Batuk Berdarah)


Tanda-tanda penyakit TIBI

·  batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu

·  kahak yang mungkin mengandungi darah

·  demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam

·   susut berat badan dan hilang selera makan

·    mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa manarik nafas panjang.

·    mudah menjadi letih

·    hilang ingatan, merapu-rapu dan sakit kepala (tibi otak atau  selaput  otak)

·    sakit sendi dan tulang (tibi sendi dan tulang)

Korang ada tak tanda-tanda di atas? Kalau ada, better pergi check kat mana-mana hospital!

Rawatan

Rawatan untuk penyakit tibi biasanya mengambil masa yang lama. Ia mesti dipatuhi tanpa ada
pengecualian. Terdapat banyak bentuk rawatan yang disediakan. Ia mengikut jenis tibi dan lokasi jangkitan.Bagi kes-kes biasa seperti tibi paru-paru, terdapat beberapa regim rawatan yang disediakan antaranya adalah kaedah DOTS.

Apa itu kaedah DOTS ?

Kaedah DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcorse) adalah kaedah mudah yang disarankan oleh WHO dimana rawatan hanya selama enam bulan sahaja. Dua bulan pertama adalah rawatan intensif setiap hari, sementara empat bulan berikutnya cuma dilakukan dua kali seminggu. Pesakit perlu menggunakan kombinasi dan dos-dos ubat yang betul mengikut jangkawaktu yang ditetapkan. Dengan rawatan yang sempurna pesakit boleh sembuh sepenuhnya.

Pencegahan

Tibi adalah penyakit berjangkit. Kaedah terbaik untuk melindunginya adalah dengan cara meningkatkan pertahanan tubuh (imuniti). Cara yang boleh dipakai termasuklah :

1-mempastikan anak mendapat dua kali suntikan BCG. Pertama, semasa lahir dan kedua, ketika 
 berumur 12 tahun.

2-amalan pemakanan berzat bagi meningkatkan imuniti.

3-menjaga kebersihan tempat tinggal dan tempat kerja, khususnya dari segi 
   pengaliran udara bersih.

4-jangan biarkan tempat tinggal atau tempat kerja sentiasa tertutup tanpa aliran udara bersih.

5-jika mengalami penyakit kelemahan imuniti seperti mendapat rawatan steroid berpanjangan, mengidap kanser, mengidap HIV, pastikan kebersihan diri sentiasa dijaga, menjaga pemakanan dan juga tempat tinggal.

6-mendapatkan pengesanan awal jika sekiranya ragu-ragu, terutamanya bagi mereka yang mengesyaki ada konteks dengan pesakit.

Mencegah lebih baik daripada merawat kan? Jadi, sapa-sapa yang rasa dirinya ada tanda-tanda tersebut, tolong pergi periksa ok?

Penyakit ni bukan khusus untuk orang tua sahaja, orang muda pun boleh terjangkit!

Ramai orang sekarang ni suka cari bomoh kalau batuk berdarah. Katanya terkena ‘santau’. Padahal, kena Tibi. Buktikan dulu melalui medical check-up. Penyakit ni boleh rawat. Tak perlu bomoh.

Harap-harap korang dapat info yang berguna bagi entry Eja  kali ni. Wasalam

Tiada ulasan :

Popular Posts