Khamis, 25 September 2014

Mi Segera Hormon Wanita Tidak Stabil



Mi Segera Ganggu Hormon Wanita


Mi segera sedapkan? Malangnya, tabiat makan ini boleh memberi kesan negetif kepada kesihatan. Sebuah kajian dari The Journal of Nutrition menunjukkan, pengambilan mi segera; yang dimasak dengan tambahan air panas atau dipanaskan dalam ketuhar mikro, boleh meningkatkan risiko sindrom kardiometabolik yang membawa kepada serangan jantung, strok, dan diabetes. Oh, tidak! Eja dulu masa study, suka makan mi segera. Nak dikatakan dalam seminggu tu, hari-hari bedal. Nak jimat duit la katakan. Tapi semenjak tahu risiko makan mi segera terus dah tak makan. Alhamdulillah sedar awal...

Mi segera yang dimakan sekurang-kurangnya dua kali seminggu boleh meningkatkan 68 peratus risiko sindrom kardiometabolik ini. Paling berisiko tinggi adalah dikalangan wanita. Kandungan kalori, lemak, dan sodium yang ada dalam mi segera di dapati memberi kesan buruk kepada hormon wanita. Untuk pengetahuan anda, terdapat sejenis kimia iaitu Bisphenol A (BPA) yang ada pada bekas pembungkusan mi segera tersebut. Bahan ini akan mengganggu isyarat hormon yang ada pada tubuh terutamanya estrogen.

Tahukah anda, bahan perisa yang digunakan untuk memasak mi segera boleh mengganggu fungsi buah pinggang seseorang. Ada kajian yang mengatakan bahawa jika seseorang itu alergi terhadap MSG akan mengalami panas dada, sakit kepala serta wajah bertukar menjadi kemerah-merahan selepas mengambil bahan ini. Sungguh menakutkan. Buah pinggang sedikit demi sedikit menjadi rosak akibat pemakanan ini. 

Mi segera diselaputi dengan wax yang mengambil masa sehingga empat ke lima hari untuk dicernakan. Cuba kita fikirkan kesannya terhadap wanita hamil mahupun kanak-kanak. Kesannya juga terganggu pada otak. Tahukah anda, kanak-kanak di bawah umur lima tahun akan mengalami masalah penyerapan kalsium jika memakan mi segera melebihi tiga kali seminggu. Ibu mengandung juga akan terdedah kepada risiko keguguran atau perkembangan janin terganggu. Satu paket mi segera mempunyai sehingga 2400 mg natrium dan mengandungi lemak. Pelbagai bahan bahaya dalam mi segera yang kita terlepas pandang tidak ambil tahu. Kini info ini membantu anda untuk tidak makan lagi mi segera.

Tiada ulasan :

Popular Posts