Jumaat, 26 September 2014

Gila Meroyan ibu lepas bersalin

Gila Meroyan @ Gangguan Perasaan


Wanita selepas bersalin sering diberi penjagaan rapi kerana takut mengalami gangguan perasaan @ gila meroyan. Masalah psikologi ini sering dikaitkan dengan masalah wanita waktu dan selepas bersalin. Istilah gila meroyan selalu disebut dalam masyarakat melayu. Harus dipandang serius dan berjaga-jaga kerana boleh mengakibatkan seseorang wanita hilang pertimbangan dan lupa diri, adik beradik dengan gangguan mental. Wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara diluar jangkaannya yang boleh mencederakan diri, bayi dan orang disekelilingnya. Kajian gila meroyan ini ialah berpunca daripada angin kotor yang berkumpul didalam rahim selepas bersalin atau " mother blues".


Fakta Gila Meroyan


"Darah kotor yang tidak keluar dengan sempurna dan teratur akanmenjadi darah tercemar dan beracun. Darah ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita. Gila meroyan ini hendaklah diberikan perhatian serius kerana penyakit ini akan berlarutan seumur hidup sekiranya tidak diberi rawatan diperingkat awal. Darah kotor itu juga akan menjadi punca sakit kepala , Kemurungan, Kemuraman dan sakit Angin Meroyan." Asas utama ialah kerana penyakit ini menjejaskan otak ,cara berfikir, dan reaksi seseorang itu terhadap kenyataan hidup .Pergerakkan salur darah kerap kali menimbulkan kekacauan fikiran dan merosotkan daya untuk berfikir . Pelbagai gangguan kesihatan boleh mempengaruhi fungsi otak sehingga menimbulkan gejala yang meyerupai penyakit gangguan jiwa (gila meroyan). Penyakit ini juga boleh berlaku jika ibu bersalin mengalami komplikasi penyakit saperti siplis, ketagihan alkohol, dan ketoksikan.
Terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang dikenal pasti oleh pakar perubatan tradisional Melayu.


(Jenis-jenis meroyan disemak didalam buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu tulisan Anisah Barakbah, mukasurat 178 - 181)


Jenis-jenis yang dipanggil Gila Meroyan 


Gangguan Perasaan @Postpartum blues
Kajian menunjukkan sebanyak 85 peratus gangguan perasaan sewaktu tempoh berpantang. Gangguan ini selalunya pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Bagaimanapun, dalam segelintir 10 peratus wanita, gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan. Mempunyai tiga peringkat mengikut tahap keterukannya iaitu postpartum blues, postpartum depression dan postpartum psychosis (gila meroyan). 
Postpartum blues adalah masalah perubahan emosi yang normal . Ibu-ibu yang mendapat perubahan emosi ini mudah merasa penat dan keletihan.


Kemurungan @ postpartum depression
Gejala kemurungan dan gangguan psikologi yang perlu mendapat rawatan pakar. Ia boleh berlaku satu dalam setiap lapan (1:8) ibu yang melahirkan anak atau 10 peratus hingga 20 peratus daripada ibu yang mengandung. Malah ia boleh juga berlaku selepas keguguran atau kematian bayi dalam kandungan. Ibu-ibu yang menghidap kemurungan selepas bersalin mengalami perubahan emosi yang lebih teruk dan lebih lama berbanding perubahan emosi pada postpartum blues.


Gila meroyan @ Psikosis
 Gila meroyan merupakan peringkat paling teruk dan serius yang jarang berlaku selepas bersalin. Contoh kiraan 1,000 ibu yang melahirkan anak, satu hingga dua orang (1- 2: 1000) boleh diserang psikosis selepas bersalin. Ia bermula dengan gangguan emosi seperti perasaan resah, gelisah dan tidak tenang. Ibu-ibu yang tidak cukup tidur walaupun bayi tidur lena dan sering merasa keletihan. Perubahan ini serba sedikit mengganggu emosi dan ianya berubah jadi tidak stabil. Perilaku yang serius boleh dilihat dengan tingkah laku sering menangis dan meraung yang melampau. Gila meroyan mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, bercakap merapu, dan sukar merepek tentang dunia khayalan mereka. 


Apakah antara kesan penyakit ini ?


Kesannya ialah secara tiba-tiba mengadu nampak sesuatu yang menakutkan mereka. Dalam keadan ini mereka mungkin bertindak agresif atau berusaha untuk melarikan diri daripada apa yang menakutkan . Lazimnya wanita ini akan mengadu bahawa ia tiada ingatan langsung tentang tingkah lakunya yang agresif atau luar biasa itu semasa mengalaminya.
  • Gangguan tidur yang menjadi lebih teruk. Ia mungkin tidak dapat tidur langsung ataupun bangun terlalu awal pada jam 2 atau 3 jam dan selepas itu tidak dapat tidur semula , sebaliknya menjadi resah dan gelisah .
  • Perubahan emosi bertambah mendadak dan ibu mungkin kelihatan bingung. Selain itu ia mungkin mengadu mendengar suara "hantu " mengutuk atau menuduhnya melakukan pelbagai dosa atau kesalahan.
  • Ia mungkin menyuarakan kepercayaan karut yang digelar delusi saperti mendakwa anak yang dilahirkanya sudah mati atau akan mati akibat penyakit serius walhal anaknya tidak mengalami sebarang penyakit.
  • Akibat pengalaman yang tidak normal ini, ia mungkin cuba mencederakan diri sendiri atau mencederakan suami malah membunuh anaknya. Oleh sebab itu kes yang serius begini perlu dirawat dalam wad untuk mengelakkan mereka daripada mencederakan diri sendiri atau orang lain .
  • Gangguan emosi atau tekanan perasaan juga kerap berlaku kepada ibu bersalin yang bermasaalah atau berpenyakit keturunan .

Apakah terdapat penyakit-penyakit wanita selepas bersalin?


Bagi ibu yang pertama kali bersalin selalunya menghadapi keadaan radang Payu Dara. Susu yang terlalu banyak terkumpul dan lambat dikeluarkan sehingga payu dara membengkak kerana si ibu belum pandai menyusukan bayi. Ada juga puting payudara yang merekah dan luka  boleh menyebabkan keradangan
Ibu kurang membuat pergerakkan fizikal dan banyak tidur. Ini  boleh mengakibatkan thrombosis atau darah beku. Keadaan ini menyebabkan perjalanan darah terutama pada bahagian tekanan saperti bahagian punggung , pinggang dan kaki tersekat-sekat dan perlahan. Ibu akan terasa panas badan ,pergerakan nadi menjadi cepat , perasaan saperti sesak nafas dan sakit saperti dicucuk-cucuk atau kebas pada bahagian kaki dan pinggang ,lebih cepat dibahagian rahim menyebabkan sakit berdenyut dan lelehan yang berbau busuk akan mengalir keluar dari tempat sulit.
Jangkitan pada salur kencing. Jika tidak jaga boleh merebak ke bahagian ginjal dan menyebabkan demam
Perut membuncit dan berat badan semakin naik. Cepat mengalah mengenai penjagaan kesihatan dan kecantikan tubuh badan (untuk mengembalikan bentuk badan yang asal.) 

Sewaktu berjalan-jalan , pastikan ibu jari kaki dijaga supaya tidak tersepak , kerana mengikut petua orang tua-tua dulu , mereka bimbang ini boleh menyebabkan bentan (tumpah darah).


Set Vitamin Stabilkan Mood


Buatlah Pilhan Yang Terbaik..Pilihan Di tangan Anda
Multivitamin yg lengkap dengan mineral yg diperlukan oleh badan ketika berpantang sangat-sangat diutamakan. Lebih-lebih Vitalea dilengkapi zat besi yang diperlukan ibu yg dh tentunya banyak kehilangan darah selepas bersalin.Ramai yang telah mencuba dan dapat merasakan kesihatan dan pemulihan dalam masa lebih cepat. Selain itu, Vitamin ini membantu menyembuhkan luka-luka bersalin di dalam dan diluar rahim. Mengembalikan tenaga yang berganda dan bantu menangani stress. Pengambilan diet dan pemakanan yang berkhasiat juga penting dititikberatkan untuk kembali cergas.

Pengedar SHAKLEE COD : 
Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, Sungai Merab, dan Bangi.

Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan boleh hubungi saya di:
Normaliza Md. zain @ Eja Meliza
♥Shaklee Independent Distributor (ID No. 1117266)
♥ Pm/whatsApp: 017-6569 125 
♥ Fb : www.facebook.com/beautifulmamaja atau ejameliza@gmail.com
Anda akan diguide secara betul dari
Shaklee Independent Distributor Normaliza Md. Zain @ Eja Meliza.
Termasuklah cara makan yang betul,tips dan consultation 100%
sepanjang pengambilan vitamin Shaklee.
____________________________________________
**Semoga panduan ini dapat memberikan gambaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah sebelum terlambat.

P/S : tengah mencari SUPPLEMENT baik untuk badan. 
What's ur OPINION?

Tiada ulasan :

Popular Posts