Jumaat, 26 September 2014

Info unik tentang TIDUR



TIDUR..zzzzz



*Seseorang itu menghabiskan lebih kurang suku hari untuk tidur (setiap hari). Secara puranya jika anda sudah berusia 30 tahun, anda mungkin sudah tidur selama sepuluh tahun lamanya!



* Sebuah rekod yang pernah dicatat adalah seseorang itu mampu bertahan untuk tidak tidur selama 264 jam, bersamaan lebih kurang 11 hari.



*Dengan memakai wangian, anda boleh menggalakkan rasa mengantuk. Oleh itu, pastikan anda memakai losen mahupun sedikit semburan minyak wangi sebelum tidur.



*Jika anda makan makanan berlemak sebelum tidur, ia boleh mengganggu tidur anda. Perut perlu bekerja lebih keras untuk mencernakan kandungan lemak yang tinggi. Sebab itulah kadang-kadang anda terasa sakit perut dan ia menganggu tidur anda.



*Jika anda seorang perokok, anda akan mengalami gejala gian (withdrawal symptoms) nikotin ketika tidur. Perkara ini akan menggangu tidur anda. tidak mustahillah mengapa anda bangkit di tengah malam semata-mata untuk merokok!


Tiada ulasan :

Popular Posts