Jumaat, 17 Oktober 2014

Tarik mengkarung


Apa yang menyebabkan kekejangan di waktu malam? Siapa pernah rasa tiba-tiba kejang di otot betis ketika tidur dan terjaga disebabkan kesakitan menusuk? Selalunya berlaku di betis tetapi ada kalanya di kaki atau tapak kaki. Ia terjadi ketika tidur atau ketika hendak bangun dari tidur.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kekejangan kaki berlaku. Antaranya ialah :
  • Mengandung
  • Terlebih bersenam di siang hari
  • Suhu persekitaran yang terlalu sejuk
  • Berdiri di atas permukaan yang keras atau berdiri terlalu lama
  • Mengalami masalah buah pinggang
  • Badan kekurangan sumber air
  • Badan tidak kekurangan potassium, kalsium dan magnesium
Cara-cara mencegah kaki kejang :
general_muscle_cramps_treatment

Kekejangan otot bukan setakat masalah yang tertumpu pada otot kaki atau betis sahaja malah mungkin boleh berlaku di bahagian-bahagian lain seperti paha, perut, tumit dan juga tapak kaki. Penyebab utama adalah kerana keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan.

1- Cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan berjalan bagi merenggangkan otot-otot berkenaan sekali gus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut.

2-  Membengkokkan kaki atau betis ke arah badan. Pada peringkat awal semestinya ia amat menyakitkan, namun ia akan memberi kelegaan yang paling segera.

3- Ketika itu juga, urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.

4-  Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan.

5- Tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot.Selain itu pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.

6-Imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot. 

Bagaimanapun, kekejangan itu turut berlaku kepada wanita-wanita yang hamil apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang. Kebiasaannya ia akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar.

Kaki yang penat membawa beban akan mudah menjadi lenguh dan menyebabkan kekejangan. Malah, tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki.

Wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama. Sebaliknya, cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur. Selalulah menggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.

Atasinya dengan OSTEMATIX SHAKLEE.

Tiada ulasan :

Popular Posts