Khamis, 16 Oktober 2014

Sakit belakang dan pinggul

Sakit belakang dan pinggul


Ramai wanita mengandung mengalami sakit belakang dan sakit pada bahagian pinggul. Berikut merupakan beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk melegakan kesakitan.
 
Sakit belakang Sakit belakang ialah perkara yang biasa dilalui semasa kehamilan, ianya disebabkan oleh hormon dan perubahan postur badan yang berubah selari dengan tumbesaran rahim. Berwaspadalah dengan postur badan anda ; dengan menegakkan bahagian pinggul dan elakkan daripada terlalu menyandar ke belakang.
Selain itu, pastikan tulang belakang sentiasa dalam keadaan baik dengan bersenam. Yoga, berjoging dalam air (aqua jogging), dan berenang adalah aktiviti yang sangat baik untuk dilakukan. Sakit belakang yang berterusan mungkin memerlukan rawatan daripada fisioterapis, ahli akupunktur, osteopati atau kiropraktor.
Sakit belakang yang kadangkala berlaku mungkin disebabkan oleh kontraksi, di mana kesakitan pada bahagian ini mungkin terasa lebih lagi daripada bahagian abdomen. Sakit pada bahagian pinggul atau  sakit bahagian pinggul juga dikenali sebagai penyelewengan fungsi simfisis pubis / symphysis pubis dysfunction (SPD). Ianya boleh menjadi lebih parah dan lebih teruk semasa menjalani aktiviti seperti memakai baju, mengangkat barang, berjalan, atau memanjat tangga.
Sebab-sebabnya berbeza – ianya mungkin terjadi kerana hormon kehamilan membenarkan sedikit pergerakan pada tulang pinggul sewaktu kelahiran (terutamanya pada bahagian depan yang dikenali sebagai simfisis pubis, di mana dua bahagian utama pinggul bertemu) , ataupun kemungkinan berlakunya ketidakselarian pada tulang pinggul. Rawatan Kesakitan pada bahagian pinggul biasanya bermula pada pertengahan kehamilan. Pegawai penjaga materniti (LMC) anda mungkin akan menyarankan rawatan daripada fisioterapis, ahli akupunktur, osteopati atau kiropraktor.
Penggunaan tali pinggang sokongan pinggul (pelvic support belt) serta senaman dapat membantu melegakan kesakitan. Elakkan pergerakan yang besar yang dapat memudaratkan anda. Cubalah tip-tip berikut untuk mengurangkan kesakitan :
 
• Berehatlah pada selang-selang masa yang tertentu.
• Sentiasalah tukar posisi anda.
• Elakkan daripada bersandar ke satu arah, dan sentiasalah tegakkan badan  
• Jika anda bekerja dalam keadaan duduk atau berdiri, menukar posisi adalah
  sangat penting
 • Cuba letakkan pek ais selama 15-20 minit pada bahagian yang paling sakit.
• Pakailah kasut rata yang mudah dipakai. 
 
 
~Selamat Mencuba~
 
 

Tiada ulasan :

Popular Posts