Jumaat, 3 Oktober 2014

Sakit Mata Melanda Diriku

Sakit Mata


Minggu ni...minggu sakit mata. Dari mulanya anak yang kecil Zatul. Lepas tu Pengasuh...Tup-tup Eja pulak. Memang sakit ni berjangkit. Hati-hati ye jika ada ahli keluarga ada yang sakit mata. Virusnya bagai dapat menumbusi kanta mata kita 2 km ..hehe hebat sakit mata ni. siapa-siapa nak mc boleh la duduk dekat dengan orang sakit mata..hihihi

Mata Eja mula ade tahi mata. Sapu tahi, seminit ade lagi. Orang kata panas tu. Biar dulu. Eja tak letak la ubat. Bangun pagi esok tu dia..Nah ko..melekat mata ni. mata pulak naik bengkak. Jom kita tegok nape yerk punca sakit mata.

Sakit mata sememangnya amat pedih dan gatal sehingga menjadikan mata kemerahan.Sakit mata ini tidak boleh dielakkan kerana ia tidak kira peringkat umur dan kanak-kanak juga mudah dijangkiti.Sepertimana yang sediamaklum bahawa sakit mata adalah sejenis penyakit yang mempunyai virus dan mudah berjangkit.

Ada juga sebilangan yang mempunyai alahan pada bahagian mata yang dipanggil allergik konjuktivitis sehingga menjadikan kegatalan dan kemerahan pada mata.Masalah sebegini sering berlaku dan dikategorikan :-

*  Konjungtivitis (Selaput luar biji mata)
- Yang terhasil dari jangkitan virus dan kuman (bakteria)
- Mudah berjangkit tidak kira peringkat umur dan perlu mengambil tindakan     pencegahan dengan segera.

Sakit mata konjungtivitis berpunca dari :
- Bulu Haiwan
- Habuk
- Pencuci Peluntur
- Peluntur Cat
- Pengawetan dalam ubat mata
Selain itu kontak lense juga salah satu penyebab yang memudahkan seseorang itu mengalami jangkitan sakit mata.Ini akan membuatkan mata mendapat lecetan pada bola mata yang dipanggil kornea.Kornea ini terlalu lembut,jernih dan sensitif.

Di sini pihak kami ingin berkongsi langkah-langkah yang boleh mengelakkan dari sakit mata :
- Jangan berkongsi barangan dengan seseorang yang mengalami sakit mata
- Berhati-hati memilih pencuci kontak lense
- Memakai kaca mata atau vizor ketika memandu terutamanya motor
- Membasuh tangan sebelum dan selepas memegang mata pesakit
Kebiasaannya penyakit begini sememangnya tidak mempunyai risiko yang tinggi tetapi harus berjumpa dengan doktor kerana ada sejenis sakit mata yang di panggil :-

Infectious keratitis
- Sejenis sakit mata yang dijangkiti pada mata
- Kesakitan pada bola mata
- Sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit.
- kecacatan kekal pada penglihatan sekiranya tidakan segera tidak diambil
Sekiranya berlaku sedemikian haruslah dibawa berjumpa dengan doktor dengan segera agar dapat menggelakkan dari berlakunya kecacatan kekal pada penglihatan.

Semoga sedikit sebanyak bantu anda atasi dan ambil rawatan awal jika terkena sakit mata.

Tiada ulasan :

Popular Posts