Jumaat, 3 Oktober 2014

Kawal Diabetes Dengan ESP & Vitamin Semulajadi


Kencing Manis (Diabetes Mellitus)



Siapa disini mengidap penyakit kencing manis. Jka ada jom baca entry ini. Entry dibawah input berkenaan kencing manis dikalangan kanak-kanak dan dewasa. Mudahan sedikit sebanyak dapat info berguna dan terdapat juga cara mencegahnya.

Apakah diabetes mellitus?
  • Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.
  • Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.
  • Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.
  • Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.
Apakah jenis-jenis Diabetes Mellitus?
  • Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus
    • Diabetes mellitus jenis 1.
    • Diabetes mellitus jenis 2.
  • Diabetes mellitus jenis 1 selalu terjadi dikalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis.
Adakah penyakit ini sering berlaku? 
  • Kejadian diabetes mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %.
  • Orang dewasa selalunya mendapat diabetes mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat diabetes mellitus jenis ini.
Apakah yang menyebabkan diabetes mellitus?
  • Sebab diabetes mellitus terjadi dikalangan kanak-kanak/dewasa tidak diketahui.
  • Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran.
  • Diabetes mellitus jenis 1: Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat jenis 1. Ia adalah satu keadaan "antoimmune" di mana sistem imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.
  • Diabetes mellitus jenis 2: Dilaporkan kerap terjadi dikalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan/obesiti.
  • Sebab-sebab lain termasuk kecacatan genetik fungsi pankreas di mana diabetes mellitus berlaku ketika seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the young: MODY).
Apakah gejala penyakit diabetes mellitus?
Gejala yang ditunjukkan oleh pesakit diabetes mellitus di peringkat awal :
  • Kerap kali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam).
  • Rasa haus yang amat sangat.
  • Berat badan menurun.
  • Rasa letih lesu dan kurang tenaga.
  • Cepat Kebas pada jari kaki atau jari tangan 
Rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia Oleh Dr. Fuziah Md. Zain



Diabetes berlaku apabila organ pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan kita tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan baik. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar. Gambarajah dibawah ditunjukkan dengan jelas bagaimana kencing manis terjadi.


Selepas makan, saluran pencernaan akan menukarkan makanan yang berasaskan karbohidrat kepada gula ringkas ia itu glukos. Glukos akan masuk ke dalam saluran darah dan merangsang penghasilan insulin melalui pankreas. Insulin kemudiannya memastikan glukos masuk ke dalam sel-sel dan ditukarkan menjadi tenaga. Glukos yang berlebihan akan disimpan di bahagian hati.Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Di dalam penyakit kencing manissel-sel tidak dapat menggunakan glukos dengan sempurna. Disebabkan itu, kandungan glukos dalam darah semakin meningkat. Dalam keadaan ini insulin akan dihasilkan kerana mengenal pastik kandungan gula yang tinggi. Walaupun banyak insulin dihasilkan, tetapi otot, hati dan lemak tidak dapat memberikan respon secara efektif. Keadaan insulin tersebut digelar rintangan insulin (insulin resistance). Lama-kelamaaan penghasilan insulin akan menjadi semakin berkurangan apabila keadaan kencing manis tidak dapat dikawal dengan sebaiknya.

Vitamin Yang Dicadangkan Untuk Penghidap Diabetis


Adakah ESP Shaklee sesuai untuk penyakit kencing manis ?

Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. Sesuai untuk semua peringkat umur. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah, iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai kepada pengidap kencing manis. Energizing Soy Protein mempunyai indeks glisemik yang rendah dan  akan dicerna secara berperingkat serta menyebabkan paras gula dalam darah dibebaskan mengikut keperluan sedikit demi sedikit.


Vitamin diatas adalah cadangan untuk set budget yang boleh dibeli bergantung kepada keperluan dan tahap kencing manis/diabetes anda. Sila berhubung dengan Eja untuk konsultansi set budget yang dipilih. 




Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan boleh hubungi saya di:

Normaliza Md. zain @ Eja Meliza

♥Shaklee Independent Distributor (ID No. 1117266)

♥ Pm/whatsApp: 017-6569 125 

♥ Fb : www.facebook.com/beautifulmamaja atau ejameliza@gmail.com
Anda akan diguide secara betul dariShaklee Independent Distributor Normaliza Md. Zain @ Eja Meliza.Termasuklah cara makan yang betul,tips dan consultation 100%sepanjang pengambilan vitamin Shaklee
____________________________________________

**Semoga panduan ini dapat memberikan gambaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah sebelum terlambat.



P/S : tengah mencari SUPPLEMENT baik untuk badan. 



What's ur OPINION?

Tiada ulasan :

Popular Posts