Isnin, 13 Oktober 2014

Penyakit Ketika Mengandung


MAKLUMAT PENTING UNTUK IBU HAMIL DAN SUAMI YANG PERLU TAHU

Ketika kita mengandung, banyak penyakit yang datang tanpa diundang...



Antara penyakit-penyakit yang biasa dihadapi oleh ibu mengandung ialah:
1. Penyakit darah tinggi semasa mengandung.
Tanda-tanda:
- Tekanan darah Diastolik sama atau lebih dari 90 

mmHg. dengan/tanpa

- Oedema (bengkak)

- Air kencing mengandungi albumin.

- Pertambahan berat badan yang berlebihan.

Komplikasi darah tinggi yang paling merbahaya kepada

 ibu & bayi ialah sawan (Eclampsia)

Tanda-tanda "Impending Eclampsia" (akan 

mendapat sawan):

- Loya-loya/muntah
- Sakit sudu hati (epigastric pain)
- Penglihatan menjadi kabur
- Pening kepala yang berterusan
2. Penyakit Diabetes semasa mengandung (Gestational 

    Diabetes)
Anda mungkin menghidapi Diabetes jika:
- Air kencing mengandungi gula
- Mempunyai tanda-tanda penyakit Diabetes
-Ada kalangan ahli keluarga anda yang menghidap Diabetes
- Anda pernah menghidap diabetes semasa mengandung yang lalu
- Obes (berat badan lebih dari 80kg)
- Anda pernah melahirkan anak yang beratnya lebih dari 

   3.5 kg atau mati di dalam perut/lahir mati.
- Keguguran yang berturut-turut (recurrent abortion)
-Jangkitan di kemaluan (recurrent monaliasis) yang berulang.

3. Kurang Darah (anaemia) Semasa Mengandung

   iaitu satu keadaan dimana kemerahan darah adalah    
   rendah. Paras haemoglobin kurang dari 10gm%.

   Tanda-tanda:
- Pucat
- Letih
4. Pendarahan semasa mengandung
Antara sebab-sebab pendarahan semasa mengandung ialah:
- Uri menutupi pintu rahim (placenta previa)

- Uri terpisah dari dinding rahim (Abruptio Placenta) 

 samada secara perlahan atau tiba-tiba disebabkan  

 tekanan darah tinggi/terjatuh/tercedera.

- Jangkitan/kanser dipangkal rahim/faraj
Tanda-tanda:

- Keluar darah melalui kemaluan samada secara sedikit/ 

   banyak dengan tiba-tiba.

- Pucat dan letih
- Sakit perut yang berterusan
Jika pendarahan beriaku dengan banyak dan secara 

tiba-tiba, denyutan nadi menjadi cepat dan tekanan 

darah rendah. Ibu dan bayi mungkin akan meninggal 

dunia jika lambat mendapat rawatan yang sewajarnya.
5. Jangkitan
a) Salur kencing
Tanda-tanda:
- sakit semasa kencing
- demam
- sakit dibahagian ari-ari
b) Kemaluan
Tanda-tanda:
- Gatal dikemaluan
-   Discaj yang berlebihan dari kemaluan dan berbau busuk

6. Penyakit perubatan, termasuk Leiah (asthma), Penyakit Jantung, Kanser, Buah Pinggan & penyakit-penyakit lain.

 Wanita yang mengetahui mereka menghidapi penyakit-

penyakit diatas dan penyakit perubatan yang lain,

perlumendapat khidmat kaunseling (Pre-pregnancy 

counselling) dari pakar-pakar yang berkenaan sebelum 

merancang untuk mengandung. Rawatan rapi perlu 

diberikan kepada beliau sepanjang tempoh mengandung.

Ibu-ibu perlu mematuhi segata arahan yang diberikan 

oleh doktor yang merawatnya.
7. Tumpah darah semasa atau selepas bersalin.
Tanda-tanda:

- Kehilangan darah yang banyak semasa/selepas 

   bersalin (melebihi 500 ml).
- Ibu menjadi pucat, letih dan tidak bermaya.
- Tekanan darah menjadi rendah
-Denyutan nadi menjadi cepat dan kemudiannya menjadi periahan jika pendarahan berterusan.
Kesan kepada ibu dan bayi
Penyakit yang telah dinyatakan diatas adalah merupakan penyebab utama kematian ibu dan bayi di Malaysia. Cegah sebelum terlambat. Amalkan pemakanan yang sihat dan buat pemeriksaan selalu agar ibu dan anak sentiasa sihat.



Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan boleh hubungi saya di:

Normaliza Md. zain @ Eja Meliza

♥Shaklee Independent Distributor (ID No. 1117266)

♥ Pm/whatsApp: 017-6569 125 

♥ Fb : www.facebook.com/beautifulmamaja atau ejameliza@gmail.com
Anda akan diguide secara betul dariShaklee Independent Distributor Normaliza Md. Zain @ Eja Meliza.Termasuklah cara makan yang betul,tips dan consultation 100%sepanjang pengambilan vitamin Shaklee
____________________________________________

**Semoga panduan ini dapat memberikan gambaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah sebelum terlambat.

P/S : tengah mencari SUPPLEMENT baik untuk badan. 

What's ur OPINION?




Tiada ulasan :

Popular Posts