Selasa, 14 Oktober 2014

Insiden Keguguran

Keguguran Bayi


Insiden keguguran

Hampir satu per empat dari kes yang kerap berlaku dimana sahaja dalam kehidupan seharian. Kebanyakan keguguran berlaku pada kurang daripada 12 minggu kehamilan. Majoriti keguguran pula berpunca daripada kecacatan genetik yang tidak normal. Setelah gugur kali pertama, si ibu mempunyai 2 kali ganda risiko untuk mengalami keguguran sekali lagi pada kehamilan seterusnya. Sekiranya si ibu telah gugur sebanyak tiga kali berturut-turut, di akan digelar "recurrent aborter" ataupun bahasa kasarnya "penggugur kerap".

Jenis keguguran

Secara amnya tanda awal atau utama bagi keguguran ialah sakit di bahagian bawah perut dan pendarahan melalui faraj dalam tempoh kehamilan kurang daripada 24 minggu.

Keguguran jenis pertama dikenali sebagai "threatened abortion" ataupun kandungan yang diancam keguguran. Tanda awal adalah pendarahan melalui faraj semasa kehamilan . Pemeriksaan mendapati cervix (bukaan kepada rahim) masih tertutup rapat dan ultrasound scan menunjukkan kewujudan janin beserta degupan jantungnya di dalam ruangan rahim.

Kedua dinamakan "inevitable miscarriage" iaitu keguguran yang memang akan terjadi di masa terdekat (tidak dapat diselamatkan). Dalam kes ini, pesakit akan mengadu sakit di bahagian bawah perut +/- pendarahan. Pemeriksaan cervix mendapati ianya terbuka (bersedia untuk membenarkan laluan janin). USS pula menunjukkan janin yang telah meninggal dunia masih berada di dalam rahim.

Ketiga, "incomplete abortion" atau keguguran tidak sempurna. Simptom adalah seperti threatened abortion tetapi pesakit akan merasa lebih sakit di bahagian bawah perut. Pemeriksaan mungkin mendapati samada 1) cervix terbuka atau 2) tertutup. Manakala USS scan mendapati terdapat sedikit cebisan janin di dalam rahim dan tiada degupan jantung janin yang kedengaran.

Keempat, "Complete misscarriage" pula kesakitan dan pendarahan yang semakin berkurangan (surut?) Cervix sudahpun tertutup menandakan kelahiran janin yang tidak bernyawa itu sudah selesai manakala USS tidak mengesan cebisan janin dalam rahim.

Terdapat juga kes "Missed abortion" pula apabila si ibu tidak langsung menunjukkan kesakitan atau pendarah akibat kematian janin dalam rahim selama lebih daripada 6 minggu. Cervix pula tertutup dan USS pada rahim mendapati janin telahpun meninggal dunia.

Dan terakhir ialah "septic abortion" di mana ibu mendapat tanda-tanda seperti disebutkan di atas DAN mempunyai tanda-tanda jangkitan (seperti demam ). Cervix mungkin terbuka atau tertutup dan USS akan mengesan produk janin masih tertinggal/terdapat di dalam rahim.

Rawatan


Perlu mendapatkan rawatan dari doktor tentang keguguran bergantung kepada jenis keguguran yang mereka alami. 

Terdapat tiga jenis rawatan bagi pesakit yang berkeadaan stabil (tidak tenat). Pertama dikenali sebagai "expectant" iaitu pendekatan tunggu dan lihat samada rahim ibu itu sendiri akan mengeluarkan janin tersebut. Pendekatan ini selalunya bagi incomplete/inevitable ataupun missed abortions. Tempoh menunggu adalah maksimum 14 hari. Jika tiada perkembangan, doktor akan menasihatkan ke langkah seterusnya iaitu keguguran dengan bantuan ubatan khas.

Patut la masa Eja keguguran dulu doktor akan suruh kita tunggu dulu perkembangan bayi dalam kandungan selama 2 minggu. Jika tiada perubahan maksudnya kantung tidak membesar, kita telag mengalami keguguran dan kantung tersebut akan terkeluar dengan sendiri. Tapi jika berlaku sebaliknya doktor akan cuci atau d&c. 

Penggunaan ubatan khas ini selalunya menggunakan ubat yang bernama misoprostol (hormon prostaglandin E1 tiruan) yang menggalakan pengecutan rahim dan pembukaan cervix bagi membantu kelahiran janin. Ubat ini boleh diberi dalam bentuk sublingual (diletakkan di bawah lidah), di masukkan ke dalam vagina mahupun di makan seperti ubatan lain. Peratusan kejayaan daripada pendekatan ini adalah hampir 80% dalam tempoh 3-4 hari.

Sekiranya, cebisan janin masih terdapat di dalam rahim, doktor mungkin akan menyarankan kaedah pembedahan iaitu dengan membuka cervix dan mengikis janin yang terlekat di dinding rahim pesakit (D&C). Adalah penting ibu-ibu mengetahui risiko daripada proses ini secara jangka pendek dan panjang. Bagi jangka pendek, rahim mungkin akan bocor dan terkoyak akibat proses ini. Ini kerana prosedur dilakukan secara "buta"/ blind iaitu doktor mengikir secara rawak tanpa panduan USS. Ini membawa kepada kesan yang kedua iaitu jika terdapat kemungkinan cebisan yang tidak dibuang yang dikesan melalui USS scan susulan . Pesakit yang terbabit akan memerlukan pembedahan tambahan. Bagi pesakit yang mempunyai tanda jangkitan, doktor akan memberi antibiotik melalui salur darah 24-48 jam sebelum pembedahan

Kesan jangka panjang bagi kerap menggugurkan anak ada banyak. Pertama jika proses keguguran sebelum ini menggunakan kaedah D&C, si ibu lapisan rahim boleh menjadi nipis dan ibu akan 1) berisiko mendapat kehamilan luar rahim yang membahayakan 2) berisiko mendapat parut yang berlebihan dalam rahim yang menjadikannya tidak lagi sesuai bagi kehamilan (maka mandul) dan 3) berisiko mendapat kanser rahim di masa akan datang

Kehamilan dan Islam
Di sini saya menyaksikan berbezanya masyarakat barat yang tidak beragama memandang kehamilan dan kelahiran anak. Di sini juga saya menyaksikan kerapuhan institusi keluarga dan keruntuhan nilai kemanusiaan. Sebagai orang Islam kita melihat kehamilan sebagai suatu rahmat, juga sebagai ujian bagi sesetengah golongan. Kehamilan juga dipandang sebagai tanggungjawab dan amanah yang diberi oleh Allah yang kita tidak layak menolaknya sesuka hati. Kita memandang kehamilan itu sebagai ibadah dan pahala besar. Kita menyedari bahawa Allahlah yang memberi rezeki pada tiap hambanya dan bukanlah kita yang akan memberikan rezeki kepada zuriat yang akan dilahirkan nanti.
Keguguran dan Islam
Firman Allah di dalam Surah al-Isra’ : 31 yang bermaksud :

Jangan kamu membunuh anak-anakmu lantaran takut kelaparan, Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka mahupun kepadamu; sesungguhnya membunuh mereka suatu dosa besar.

Juga di dalam surah at-Takwir : 8-9 yang bermaksud :

Dan apabila diperiksa anak perempuan yang ditanam hidup-hidup. Sebab dosa apakah dia dibunuh.
Keguguran samada sengaja atau tidak sengaja mestilah dibayar gantiruginya mengikut hukum qisas.Hukum dan keterangan boleh dibaca di link ini.


Rujukan Dr. Siti
Sekian, semoga bermanfaat!

Tiada ulasan :

Popular Posts