Rabu, 10 September 2014

Sucinya Air Wudhuk



Apabila seseorang berwudhuk, membasuh muka maka terkeluarlah dari wajahnya segala dosa akibat daripada matanyaa..

Apabila kita membasuh kedua belah tangan, terkeluarlah dari kedua dua belah tangan segala dosa...

Maka apabila membasuh kedua belah kaki, terkeluarlah segala doa bersama sama dengan titisan terakhir wudhuk hinggalah bebas dosa dalam keadaan bersih dan suci dari dosa-dosa.

Diriwayatkan oleh muslim dari hadis Usman r.a maksudnya :" Barangsiapa berwudhuk lalu ia  wudhuknya, maka keluarlah kesalahan-kesalahannya tubuhnya sehingga keluar dari bawah kuku-kukunya."

Sungguh indah wudhuk jika kita ambil kepentingannya dan sempurnakan wudhuk. Pernah satu ketika jadi pada diri eja sendiri, tatkala diri ini hanyut tidak bertuhan, muka tidak berseri bagai seribu macam  masalah yang tercalit diraut. Hiasilah macam mana pon.. solek setebal mungkin (putih selepak) wajah tetap ada bayangan hitam. Kuasa tuhan.. air suci inilah yang menggembalikan seri wajahku kini. Tidak mungkin akan aku tinggalkan lagi bermandikan wudhuk.. wudhuklah penawar ketika duka, hilang sabar, resah, sedih, gembira dan sedar akan kebesaran dan keagunggan mu.


So mulai hari ini, anda yang terbaca antry ini, jangan abaikan wudhuk... kerana ianya banyak keistimewaan yang bagus untuk kita amalkan..
Dan yang paling penting dosa kita sentiasa terampun olehNya.




Tiada ulasan :

Popular Posts