Sabtu, 13 September 2014

Siapa Kita 10 Tahun lagi ?? Part 2


Part 2


4) Attainable. Bermaksud kebolehan untuk dicapai. Nak capai ape? Mesti la capai ape yang kita nak. Contoh tarunget nak jadi Master dalam Shaklee. Target tapi tak nak susah payah la. Attainable yakin boleh capai dengan yakin ada kemampuan keaarah itu. 5) Realiti atau Reasonable. Matlamat yang nak kita capai mestilah realistik dan masuk akal. Seperti matlamat yang boleh diukur dan kita yakin boleh buat. 6) Time Bound. Ialah Tempoh masa. Tak ada guna kalo matlamat boleh dicapai, boleh diukur, realistik tetapi tiada masa atau tempoh yang ditetapkan untuk capai matlamat. Jika tidak melakukan sebegitu ia hanya sia-sia sebab tiada ketentuan.Ianya ikut mood kita hati, ianya ikut suka kita, Ikut rase nak kita buat, tapi rasa tak nak kita tinggalkan. Camtu la lebih kurang maksudnya. Dan juga seperti  kita lengahkan masa. Kalo kita dah target tetapkan tarikh, tahun, umur berapa boleh capai.. inilah yang dikatakan kita target ikut tempoh yang telah kita janji pada diri kita tadi untuk capai sesuatu. Tidak salah untuk kita bercita-cita tinggi, asalkan kita yakin dan rasa boleh capai,insyaallah boleh. Umpama seperti seekor ular. Hidup berlengkor setelah kenyang. Dan pergi memburu apabila lapar. Nampakkan tiada matlamat dan perancangan. Itu perumpamaan je bukan eja kata jadi seekor Ular ye. Kita ada akal fikiran, dan ada otak yang dianugerahkan, jadi gunakan untuk capai apa yang kita mahu. Jangan hidup tanpa matlamat. Ibarat katak tetap berada bawah tempurung.. tidak akan keluar sampai bila-bila. Macam tu hingga akhir hayatnya. So Eja dah ade matlamat Eja sendiri. Mudahan Eja dan sahabat seperjuagan sama-sama capai target.. capai matlamat .. capai apa yang dihajati. Amin

Selain itu, dah ada matlamat.. kita hendaklah bertindak. Kalo tak bertindak macam mana nak berjaya...Ayat yang mudah kita faham ialah fokus pada matlamat dan ketepikan perkara lain.  Seiring dencagan itu, kita harus buat perancangan yang hebat. Kita mulakan TINDAKAN ini sekarang. Setelahn itu, lancarkan jet pejuang supaya kita sampai ke destinasi yang hendak kita tuju. Ya, setiap hari kita perlu mengatur kehidupan setiap hari supaya boleh mencapai apa yang kita target. Mudah tapi nak melakukan dan kosisten amat perit. Nak senang bukan mudah.. Kertas dan pen perlu jadi teman rapat kita. Lakarkan matlamat sejelasnya, tampal pada tempat yang mudah kita lihat, supaya otak sentiasa rekod apa yang kita mahukan. Dengan cara ini, kehidupan kita lebih teratur, dan matlamat lebih jelas. Jom kita mulakan malam ini, jadikan hari esok lebih baik dari hari ini.


Good Luck .... 

Tiada ulasan :

Popular Posts