Ahad, 28 September 2014

Layan Lagu Cergaskan Tubuh



Baru masuk pejabat,  badan dah mula terasa letih. Ini bermakna anda perlu lakukan sesuatu untuk kembalikan kecergasan tubuh. Tak perlu bangun daripada kerusi, ikuti tip mudah ini.

1 lakukan urutan ringan pada bahagian badan anda iaitu di atas kepala, bahagian antara ibu jari dan telunjuk serta bahagian bawah pusat tempurung lutut di sebelah kanan. Anda juga boleh menjangkau di bahagian bawah kaki serta pangkal leher. Cara begini dapat membuang rasa mengantuk.

2 mendengar muzik juga boleh mengembalikan mood untuk bekerja. Pasanglah lagu-lagu kegemaran anda atau ‘layan’ alunan muzik lembut atau instrumental. Dikatakan muzik dapat mewujudkan rasa tenang. Jika anda penggemar Heavy Metal, silakan. Tetapi janganlah sampai mengganggu fokus kerja. Untuk lebih tenang dan damai cuba ubah dari muzik ke alunan ayat suci al-quran. PAsti lebih tenang

3 anda boleh manfaatkan waktu rehat dengan mendapatkan tidur sekitar 10-15 minit. Tidur begini lebih berkualiti dan dapat mengembalikan semangat untuk bekerja. Cari lokasi yang sesuai, rehatkan badan, dan lelapkan mata. Jangan sampai terlajak waktu.


4 Tidak salah jika anda mahu berehat seketika semasa bekerja. Bergeraklah dari meja kerja untuk mengambil udara segar. Lihat pemandangan luar pejabat untuk merehatkan otot-otot mata yang keletihan. Sambil itu, anda boleh membuat regangan badan yang ringan.


5 Kembalikan semangat bekerja supaya anda menjadi lebih produktif. Jangan jadikan penat atau mengantuk sbagai alasan untuk anda bekerja sambil lewa. Jadilah pekerja yang lebih baik dan bekerjalah dengan aura positif!
~Selamat Mencuba~

Tiada ulasan :

Popular Posts