Khamis, 4 September 2014

Hebatnya Solat Tahajjud



Solat Tahajjud ialah solat tengah malam selepas kita bangun dari tido. Syaratnya mestilah solat isyak dahulu. Setelah 2 per 3 malam,lebih kurang jam 2, 3 , 4 pagi adalah waktu afdal dilaksanakan solat tahajjud. Seperti firman Allah"Dan sebahagian pada waktu malam dirikanlah solat tahajud kamu selaku amal ibnadah tambahan, semoga Allah akan mengangkat darjat kamu ketingkat yang terpuji". 

Sebaik-baik perbuatan di sisi Allah SWT ialah solat tahajjud. Ia bagaikan suatu langkah merendahkan diri pada penciptanya. Sebagai contoh RasuluLlah sallallahu 'alaihi wasallam mengerjakan solat tahajud sepanjang hayatnya. Marilah kita mengamalkannya juga. Banyak fadilat yang akan kita kupaskan nanti.

"Barang siapa solat pada waktu tengah malam (tahajjud) serta memelihara segala tingkahlaku dalam solatnya, Allah SWT akan memberikan dia SEMBILAN macam kemuliaan, LIMA di dunia dan EMPAT di alam akhirat nanti. LIMA macam di dunia


-5 Duniawi-

Allah memelihara dirinya dari segala penyakit

Wajahnya tanda-tanda orang yang taat kepada Allah SWT

Dicintai di hati-hati orang mukmin dan sekalian manusia  

Lidahnya berisi hikmah 

Dijadikan orang yang bijaksana dengan dikurniakan akal fikiran yang waras

-4 Akhirat-

Di akhirat ialah dibangkitkan dari kubur dengan wajah yang putih bercahaya

Diringankan hisabnya

Dimudahkan ketika meniti titian siratal mustaqim seperti kilat 

Diberi buku amalannya dengan tangan kanan.


Penting bagi seorang hamba Allah berdoa. Lebih-lebih lagi doa di dalam solat tahajjud. Ingat tahajjud adalah amalan Rasulullah SAW dan diteruskan oleh para sahabat. Disamping itu, tanamkan niat untuk bangun mendirikan solat.  , DIA akan perkenankan..... Ameen

Ayuh mari kita merebut peluang selagi masih bernyawa. Displinkan hati untuk 

tahajjud kerana didalamnya terkandung seribu nikmat yang tidak tergambar
 oleh kita. Namun, tahajjud adalah merupakan perjalanan bagi orang-orang 

soleh dan salahsatu cara mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ingat! Solat

 Tahajjud juga mampu menjauhkan diri dari berbuat dosa kering dan basah.

 Kehebatannya membolehkan dosa-dosa lalu  diampunkan serta mampu 

menghadirkan diri dalam keadaan sihat dan bebas dari penyakit badan.



Bagi menutup solat sunat tahajjud, marilah sama-sama hafal doa ini;

"Ya Allah, hanya bagimu segala puji. Engkau Cahaya yang menerangi langit dan bumi serta segala isinya.BagiMu segala puji, Engkaulah pemilik langit dan bumi serta seluruh isinya. BagiMu segala puji, Engkaulah pencipta langit dan bumi dan serta seluruh isinya. Engkaulah Haq, JanjiMu adalah haq (tepat), mengadap kepadaMu juga adalah haq (pasti), Syurga adalah haq (benar), Neraka juga adalah haq (benar), hari Kiamat adalah haq, Para Nabi adalah haq, Muhammad saw itu juga haq. 

Ya Allah, kepadaMu aku menyerah diri, kepadaMu aku beriman, kepadaMu aku bertawakkal, ke tempatMu aku akan kembali. Dengan pertolonganMu aku berbalah, dan kepadaMu aku memutuskan hukum. Maka ampunkanlah dosaku yang lalu, yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang-terangan. Engkaulah Allah dan tiada Tuhan selain Engkau dan tiada daya juga kekuatan melainkan daripada Engkau Ya Allah, Ya Robbal 'alamin".

InsyaAllah dengan melakukan solat sunat tahajjud awak, saya dan kita semua akan beroleh ketenangan selama-lamanya. Bukan itu sahaja bakal lahir grnarasi yang tahan serta tabah serta sabar dalam menghadapi ujian hidup di dunia. Inilah ujian untuk awak, saya dan kita beroleh syurga Allah serta aqidah kita tidak berkurangan sesuai dengan hakikat sebagai pemegang pasport hamba yang beriman kepada seluruh rukun iman. Lebih-lebih lagi rukun iman yang ke-Enam iaitu Qada' dan Qadar Allah SWT.
Awak, saya dan kita semua mahu menjadi hamba Allah yang hebat IMANnya... Kita insan terpilih


Tiada ulasan :

Popular Posts