Selasa, 9 September 2014

Ya Wahhab Maha Pemberi


Memberi sering kali kita kaitkan dengan sedekah. Banyak kelebihan orang yang suka bersedekah. Antara yang Eja pilih ialah


Rezekinya Berkat
Katakanlah: ‘Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya).’ Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya.” (QS Saba [34]: 39)

Rezekinya Mengalir TerusSeperti hadits Rasulullah SAW: “Setiap hari dua malaikat turun kepada seorang hamba, salah satunya berdoa ya Allah berilah ganti kepada orang yang berinfak dan yang lain berdoa ya Allah hilangkan harta orang yang menolak berinfak.” (muttafaqun alaih)

Tapi ianya juga berkait rapat dengan Ya Wahhab. Zikir ini banyak kehebatannya termasuklah untuk permudahkan memperolehi rezeki dan doa mudah dimakbulkan. Antara amalan yang Eja selalu buat ialah sebelum masuk waktu subuh Eja akan bacakan sebanyak 300 kali.

Pada waktu dhuha pulak Eja akan baca sebanyak 41 kali dalam sujud. Alhamdulillah semenjak join group Nanny Hanum, amalan rohani semakin  meningkat. Makin sayang dan rase dekat je dengan Allah. Nak tinggal rase bersalah pulak. Tapi ketika kerja banyak dan tak sempat kadang-kadang termiss juga. Tapi amalan ini tetap diteruskan... Bukan semata - mata kerana bisnez tapi Eja sudah merasakan zikir - zikir ini membuatkan hatiku tenang dan ingat pada Allah.. Tidak lalai seperti dahulu .. Makin rajin ada la..

Basahkan lidah anda dengan Zikir. Ya wahhab juga perlu diamalkan.


Selamat Beramal.

Tiada ulasan :

Popular Posts