Rabu, 3 September 2014

Kenal KANAK-KANAK PINTAR dan CERDAS

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS



Pintar didefinasikan sebagai suatu ukuran keupayaan intelektual yang luar biasa. Cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan, muzik , lukisan atau seni persembahan.



tingkahlaku kanak-kanak pintar 

cerdas:

Pengamatan yang lebih tinggi
Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

Keinginan untuk tahu lebih tinggi
Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu perkara dan lebih suka dalam segala hal

Minat yang lebih mendalam
Fokus pada sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut

Menerima infomasi dengan pantas dan cekap / peka
Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak.. fuhh giler la.cam robot

Daya Ingatan yang Kuat
Mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

Mungkin dapat membaca lebih awal
Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun


Kerap membaca serta luas pandangan

Suka membaca bacaan  yang pelbagai serta membaca dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi
Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik. Inovasi punya budak


Tahap penumpuan yang lama

Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran


Kebolehan menyelesaikan masalah yang rumit

Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi. Bagi la apa pon. Mungkin mampu diselesaikan


Suka bertanya 

Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku


Keupayaan imaginasi yang tinggi

Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya. Tinggi daya imaginasinya.


Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial

Isu-isu yang terkini seluruh dunia






hehehe....



Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan boleh hubungi saya di:
♥Normaliza Md. zain @ Eja Meliza
♥Shaklee Independent Distributor (ID No. 1117266)
♥ Pm/whatsApp: 017-6569 125 
♥ Fb : www.facebook.com/beautifulmamaja atau ejameliza@gmail.com

Anda akan diguide secara betul dari
Shaklee Independent Distributor Normaliza Md. Zain @ Eja Meliza.
Termasuklah cara makan yang betul,tips dan consultation 100%
sepanjang pengambilan vitamin Shaklee.

____________________________________________

**Semoga panduan ini dapat memberikan gambaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah sebelum terlambat.


P/S : tengah mencari SUPPLEMENT baik untuk badan. 
What's ur OPINION?





Tiada ulasan :

Popular Posts