MAKLUMAT PENTING UNTUK IBU HAMIL DAN SUAMI YANG PERLU TAHU
Ketika kita mengandung, banyak penyakit yang datang tanpa diundang...
|
Antara penyakit-penyakit yang biasa dihadapi oleh ibu mengandung ialah:
1. Penyakit darah tinggi semasa mengandung.
Tanda-tanda:
- Tekanan darah Diastolik sama atau lebih dari 90
mmHg. dengan/tanpa - Oedema (bengkak) - Air kencing mengandungi albumin. - Pertambahan berat badan yang berlebihan.
Komplikasi darah tinggi yang paling merbahaya kepada
ibu & bayi ialah sawan (Eclampsia)
Tanda-tanda "Impending Eclampsia" (akan
mendapat sawan):
- Loya-loya/muntah
- Sakit sudu hati (epigastric pain)
- Penglihatan menjadi kabur
- Pening kepala yang berterusan
2. Penyakit Diabetes semasa mengandung (Gestational
Diabetes)
Anda mungkin menghidapi Diabetes jika:
- Air kencing mengandungi gula
- Mempunyai tanda-tanda penyakit Diabetes
-Ada kalangan ahli keluarga anda yang menghidap Diabetes
- Anda pernah menghidap diabetes semasa mengandung yang lalu
- Obes (berat badan lebih dari 80kg)
- Anda pernah melahirkan anak yang beratnya lebih dari
3.5 kg atau mati di dalam perut/lahir mati.
- Keguguran yang berturut-turut (recurrent abortion)
-Jangkitan di kemaluan (recurrent monaliasis) yang berulang.
3. Kurang Darah (anaemia) Semasa Mengandung
iaitu satu keadaan dimana kemerahan darah adalah rendah. Paras haemoglobin kurang dari 10gm%. Tanda-tanda:
- Pucat
- Letih
4. Pendarahan semasa mengandung
Antara sebab-sebab pendarahan semasa mengandung ialah:
- Uri menutupi pintu rahim (placenta previa)
- Uri terpisah dari dinding rahim (Abruptio Placenta)
samada secara perlahan atau tiba-tiba disebabkan tekanan darah tinggi/terjatuh/tercedera. - Jangkitan/kanser dipangkal rahim/faraj
Tanda-tanda:
- Keluar darah melalui kemaluan samada secara sedikit/ banyak dengan tiba-tiba. - Pucat dan letih
- Sakit perut yang berterusan
Jika pendarahan beriaku dengan banyak dan secara
tiba-tiba, denyutan nadi menjadi cepat dan tekanan darah rendah. Ibu dan bayi mungkin akan meninggal dunia jika lambat mendapat rawatan yang sewajarnya.
5. Jangkitan
a) Salur kencing
Tanda-tanda:
- sakit semasa kencing
- demam
- sakit dibahagian ari-ari
b) Kemaluan
Tanda-tanda:
- Gatal dikemaluan
- Discaj yang berlebihan dari kemaluan dan berbau busuk
6. Penyakit perubatan, termasuk Leiah (asthma), Penyakit Jantung, Kanser, Buah Pinggan & penyakit-penyakit lain.
Wanita yang mengetahui mereka menghidapi penyakit- penyakit diatas dan penyakit perubatan yang lain, perlumendapat khidmat kaunseling (Pre-pregnancy counselling) dari pakar-pakar yang berkenaan sebelum merancang untuk mengandung. Rawatan rapi perlu diberikan kepada beliau sepanjang tempoh mengandung. Ibu-ibu perlu mematuhi segata arahan yang diberikan oleh doktor yang merawatnya.
7. Tumpah darah semasa atau selepas bersalin.
Tanda-tanda:
- Kehilangan darah yang banyak semasa/selepas bersalin (melebihi 500 ml).
- Ibu menjadi pucat, letih dan tidak bermaya.
- Tekanan darah menjadi rendah
-Denyutan nadi menjadi cepat dan kemudiannya menjadi periahan jika pendarahan berterusan.
Kesan kepada ibu dan bayi
Penyakit yang telah dinyatakan diatas adalah merupakan penyebab utama kematian ibu dan bayi di Malaysia. Cegah sebelum terlambat. Amalkan pemakanan yang sihat dan buat pemeriksaan selalu agar ibu dan anak sentiasa sihat.
Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan boleh hubungi saya di:
♥Normaliza Md. zain @ Eja Meliza
♥Shaklee Independent Distributor (ID No. 1117266)
♥ Pm/whatsApp: 017-6569 125
♥ Fb : www.facebook.com/beautifulmamaja atau ejameliza@gmail.com
Anda akan diguide secara betul dariShaklee Independent Distributor Normaliza Md. Zain @ Eja Meliza.Termasuklah cara makan yang betul,tips dan consultation 100%sepanjang pengambilan vitamin Shaklee____________________________________________
**Semoga panduan ini dapat memberikan gambaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah sebelum terlambat.
P/S : tengah mencari SUPPLEMENT baik untuk badan.
What's ur OPINION?
|
Vitamin dan mineral sangat diperlukan di dalam kehidupan seharian. Ada yang mengatakan sudah cukup vitamin dan mineral yang datang dari makanan seharian kita. Persoalannya adakah kita mengamalkan makanan yang seimbang dan berzat setiap hari? Bagi semua WANITA, ini adalah apa yang anda perlukan....
Isnin, 13 Oktober 2014
Penyakit Ketika Mengandung
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Popular Posts
-
Maksud refleksologi ialah titik pusat saraf. Sebab titik ini ada kaitan dengan organ tubuh tertentu. Bila kita mengurut titik saraf d...
-
Sesungguhnya Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya... TAHUKAH ANDA..? ...
-
Ketika malam jumaat hadir, kita sering mengamalkan mambaca yasin selepas solat maghrib. Kenapa ye? Apa fadilatnya? Jom Eja share. Sam...
-
Assalam.. Semalam daku sakit tekak. Bawa ke hari ini masih sakit lagi. Badan rasa lemah dan tekak rasa perit. Keadaan cuaca sekara...
-
Susu Badan Ciput je... Masa Eja lahirkan anak sulung, Mohammad Iman Iqbal susu badan Eja kurang. Hari yang ke-6 pon ciput je. Tapi al...
-
Info tentang pakej Haji dan Umrah serta semasa lawatan di Mekah dan Madinah. Mudahan dapat membantu dan memudahkan mereka untuk membuat pe...
-
Pembedahan Caesarean Pembedahan Caesarean adalah pembedahan dibahagian perut dan Rahim (uterus) agar bayi boleh dikeluarkan. Pembe...
-
ESP Meriahkan SUSU BADAN Bagi ibu-ibu yang baru melalui alam penyusuan, tentu tercari-cari info untuk tambah dan pekat susu badan un...
-
Jom kita lakukan senaman kecilkan lengan. Eja tengah misi mengecilkan lengan ni.. hihihi banyak baju bagian lengan dah sempit... Lengank...
-
CYST bersarang dalam perut!!! Banyak kisah yang kita dengar tentang CYST ini. Jom kita kongsi sedikit info CYST yang boleh d...
Tiada ulasan :
Catat Ulasan