APA ITU BUASIR?
Buasir atau hemoroid berlakunya pembengkakan pada salur darah atau vena yang terletak dibahagian rektum dan dubur. Pembengkakan ini berbentuk benjolan keluar dan ia mengganggu dan memberi tekanan pada membran sekitarnya menjadi bengkak, perit, pedih, sakit seperti luka, gatal dan berdarah. Buasir terjadi apabila berlakunya tekanan yang terlalu tinggi dalam darah dibahagian rektum ( bah. akhir usus besar) yang menyebabkan dinding vena darah jadi benjolan. Pertumbuhan benjolan ini akan pecah ketika meneran dan terkeluarnya darah ketika meneran itulah yg kita istilahkan sebagai buasir.2 JENIS BUASIR :
1- Buasir dalaman
Buasir dalaman ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum (bah. akhir usus besar). Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi apabila kita meneran dan ada gangguan dari saluran najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang ada benjolan dan ini yang menyebabkannya berdarah. Kita akan perasan titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas dan terasa sakit dibahagian dubur. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum. Jangan ambil remeh hal ini. Takut mengundang penyakit lain.
2 - Buasir luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila berlakunya tekanan yang terlalu tinggi dalam darah dibahagian rektum ( bah. akhir usus besar) yang menyebabkan dinding vena darah jadi benjolan.Pertumbuhan benjolan ini akan pecah ketika meneran dan berdarah. Buasir terjadi apabila sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali jika kita tidak mendapatkan rawatan.
PENYEBAB UTAMA BUASIR
- Sentiasa duduk
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- Cirit-birit
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
- Batuk yang teruk
- Bersalin
- Mengangkat berat
- Pengamalan seks melalui dubur oleh heteroseksual dan homoseksual.
FAKTOK RISIKO BUASIR
Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika terjadinya gejala berikut:-
~Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir
~Mengandung Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan meneran semasa buang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.
TANDA - TANDA & GEJALA
Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan lendir boleh dirasai sekitar bahagian dubur. Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.
Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit.
PENCEGAHAN TERJADINYA BUASIR
Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:
- Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
- Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
- Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
- Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.
RAWATAN
Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut.
Set Buasir Shaklee terdiri daripada :
Ostematrix
Membantu mengurangkan sembelit, melembutkan najis dan melancarkan pembuangan air besar, serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
Omegaguard
Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Omega membantu untuk mengecutkan otot yang membengkak tersebut.
Zinc Complex
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zinc Complex membantu menyembuhkan luka di dalam bahagian dubur dengan lebih cepat.
TIP-TIP CEGAHKAN BUASIR
Banyakkan mengambil makanan seimbang terutamanya makanan berserat tinggi seperti bijirin penuh,buah-buahan
dan sayur.
Elakkan daripada mengambil makanan yang boleh menyebabkan gangguan seperti makanan pedas, berempah, alkohol atau makanan yang boleh merangsang usus seperti kopi.
Minum air sebanyak 6-8 gelas sehari supaya anda tidak terhidrat.
Pergi ke tandas sebaik sahaja anda rasa ingin membuang, sikap menangguh akan menyebabkan najis keras dan mengering
Naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.
Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan boleh hubungi saya di:
♥Normaliza Md. zain @ Eja Meliza
♥Shaklee Independent Distributor (ID No. 1117266)
♥ Pm/whatsApp: 017-6569 125
♥ Fb : www.facebook.com/beautifulmamaja atau ejameliza@gmail.com
Anda akan diguide secara betul dariShaklee Independent Distributor Normaliza Md. Zain @ Eja Meliza.Termasuklah cara makan yang betul,tips dan consultation 100%sepanjang pengambilan vitamin Shaklee____________________________________________
**Semoga panduan ini dapat memberikan gambaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah sebelum terlambat.
P/S : tengah mencari SUPPLEMENT baik untuk badan.
What's ur OPINION?
Tiada ulasan :
Catat Ulasan