Isnin, 15 September 2014

Solat Yang Khusyuk




Assalammualaikum. Dah lama nak tulis pasal entry ni. Tapi belum datang ilham dan idea. So hari ini Eja cuti. Datang sikit idea yang boleh dijadikan tauladan dan seba sedikit info tentang khusyukkah kita ketika solat??

Khusyukkah??

Solat yang khusyuk bukan sahaja melambangkan keperibadian mukmin sejati, tetapi ianya mengambbarkan sesorang itu berakhlak dan peribadi mulia. Orang yang sentiasa khusyuk ketika solat, melahirkan sifat yang baik dan penuh kasih sayang dengan Allah. Ianya dijamin terpelihara dari perbuatan mungkar. Orang yang solat mendapat perhatian Allah akan dipimpin hatinya walau diluar solat. Hatinya sentiasa takut untuk melalukan perkara-perkara yang dilarang dan sentiasa berasa diperhatikan.

Antara syarat untuk mendapatkan solat yang sempurna ialah masuk waktu menutup aurat, mengadap kiblat, suci daripada najis dan hadis. Selain itu, Syarat dan rukun solat juga perlu dilakukan dengan sempurna. 

Untuk mendapatkan kesempurnaan zahir mudah iaitu dengan melakukan segala rukun. Tetapi jika batin susah sebab ianya perlu satukan 7 rasa dalam hati. Eh macm mana tu? iaitu perlu ada rasa:

Rasa rendah diri
Rasa penyerahan diri
Rasa hina diri
Rasa lemah diri
Rasa khusyuk
rasa gementar, cinta dan suka kepada Allah SWT
Rasa rindu dan ghairah bertemu Allah.

Pernahkah kita terfikir yang solat kita selama ini Khusyuk atau tidak? Kalo umur 58 tahun.. khusyuk ka solat selama tu.. Pernahkah kita ambil inisiatif untuk mengetahui makna-makna apa yang kita baca ketika solat. Eja pernah hadir khusus di Masjid Besi, Putrajaya. Waktu tu dah tak ingat sapa penceramahnya. Tapi dia pernah cakap ada nilai ke solat kita kalo Al-Fatihah pon kita tak hafal makna. Mula la dalam kepala otak ni bertaya pada diri sendiri? selepas peristiwa itu, Eja rajin belek-belek buku hafal mana yang patut. 

Sayangkan kalo kita solat tapi tidak tahu apa2. Jom kita mulakan hidup baru, perbaiki solat dan hafalan makna supaya kita dapat menghayatinya dan solat lebih khusyuk.


" sharing is Caring"


Tiada ulasan :

Popular Posts