Rabu, 17 September 2014

Ketagih Ambil Wuduk

 

 
Takdek la kelakar sangat bila kita ketagih ambil wuduk. Alhamdulillah satu macam perasaan tenang bila ambil wuduk. Hilang rase resah dalam hati ini. Kalo time tu tengah marah kat anak, pergi cepat-cepat ambil wuduk.. memang berkesan, hilang perasaan marah tu. dasyat ye air suci Allah ini.
 
Banyak kelebihan yang nak Eja share kat sini.
 
 
8 Rahsia wuduk KELEBIHAN MENGAMBIL WUDUK..
 
Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan " Ya Allah ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Sebab kita banyak dosa mengumpat setiap hari, maki hamun, menyumpah, meludah dan mencarut.


Ketika membasuh muka berniatlah dengan niat " Ya Allah putihkan muka ku di akhirat kelak. Sebab ahli neraka mukannya sangat hodoh dan ahli syurga muka berseri-seri.
 
 
Ketika membasuh tangan berniatlah "Ya Allah berikan hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini". Sebab ahli syurga dihisab dengan tangan kanan.
 
Ketika membasuh tangan kiri pula, berniatlah kamu " Ya Allah , janganlah kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". Ahli neraka dihisap dengan tangan kiri.
 
Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan " Ya Allah lindungilah daku dari terik matahari di padang masyer dengan Arasy Mu. Panas di padang Masyar macam sejengkal matahari dengan kepala. Fuhh panasnya.
 
Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan niat " Ya Allah ampunkan dosa telingaku. Sebab hari-hari dok dengar perkataan yang tidak baik.
 
Ketika membasuh kaki, diniatkan "Ya Allah bawa daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat jahanam (maksiat).
 
Barang siapa berwuduk dengan sempurna, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya.
 
(HR. Muslim)
 
Ianya benar jika kita sentiasa ambil wuduk sempurana terasa selesa. Hati berbunga dan tenang sahaja. Tidak tergambar perasaan itu. Mudahan kita selepas ini jangan ambil tidak endah pasal wuduk. Asal basah sudah. No, jangan begitu. Ambillah wuduk seikhlas hati. Ianya bukan merugikan kita. Malah Allah tambahkan pahala kepada kita. Tinggatkan saham akhirat Tuan/Puan.
 
 
~Wasalam Eja~
 
 


Tiada ulasan :

Popular Posts