Terjadinya Sembelit
Semalam Eja menceritakan sembelit ketika dalam pantang. Hari terkeluar pulak idea hendak menceritakan sembelit pada kanak-kanak pula.
Sembelit bermaksud kesukaran laluan najis dalam usus. Tanda sembelit adalah najis keras dan kering. Bila kita teran dan hendak buang amat-amat sangat tak terperi. Fuhh itu lah yang kita gambarkan sakitnya bila sembelit. Proses sembelit berlaku apabila pencernaan tidak stabil. Dimana najis yang bergerak melalui usus mengalami proses pengecutan otot. Diusus besar (kolon), najis akan menyerap air dan garam. Jika cairan ini tidak mencukupi atau kekurangan serat dalam badan seseorang, proses pengecutan usus besar menjadi perlahan dan najis akan mengeras dan struktur najis kering. Apabila najis melalui usus besar dan kesukaran pengecutan otot berlaku, inilah dinamakan sembelit.
Faktor yang dikaji penyebab sembelit:
~Kurang pengambilan serat dan cecair dalam diet seharian
~selalu mengabaikan kehendak membuang air besar (suka tangguh-tangguh)
~kurangnya aktiviti fizikal (senaman)
~Sindrom gangguan usus (kerosakkan usus)
~Perubahan gaya hidup spt mengandung, penuaan dan waktu makan yang tidak menentu
~penyebab penyakit lain yang berkaitan dengan bahagian usus
~penyalahgunaan julap
~pengambilan ubat-ubat tertentu secara berlebihan
~Mempunyai Buasir
Proses Sembelit pada kanak-kanak
Kanak-kanak yang berumur 1 tahun keatas mula mempelajari proses penyahtijaan iaitu pembuangan najis. Kanak-kanak yang normal biasaya 3 kali sehari. Tapi jika sehari pon sudah memadai. Ianya bergantung kepada beberapa faktor pengambilan makanan oleh kanak-kanak ini. Antaranya jenis makan dan minuman..Cepat atau lambat sistem penghadamannya..perjalanan makanan hingga ke usus turut mempengaruhinya.
Ok kita cerita dari mana sembelit terjadi. Najis akan berkumpul dibahagian rectum iaitu bahagian paling bawah usus besar. Deria saraf menghantar signal atau amaran kepada otak apabila rektum sudah penuh. Senang cerita tong dah penuh rasa nak buang air besar la. Hahaha.
Selepas itu, berlakukan proses pengkumuhan usus. Jika anak kita merasa sakit ketika melalui proses ini, ini bermakna anak kita mengalami masalah sembelit. Proses membuang jadi sukar kerana najis keras dan kering.
Apa kesannya sembelit ini?
Anak yang mengalami sembelit akan menjadi trauma dan akan menahan diri daripada membuang air besar. Proses pembuangan yang sukar membolehkan luka disekitar dubur. Anak akan merasakan kurang selesa, pedih, sakit dan mudah berlakunya jangkitan akibat luka tadi jika kita membiarkannya.
Solution elak sembelit
~Air kosong~
Kanak-kanak yang sembelit digalakkan meminum air kosong atau putih dengan secukupnya. Ini membantu anak-anak memberikan najis tidak kering dan keras. Air yang banyak juga membantu otot dubur tidak kering dan mudah untuk meneran.
~Latih ke tandas~
Latih anak ke tandas sejurus mahu membuang. Jangan biarkan anak menahan dan mengabaikan untuk membuang. Bagi anak yang trauma, latih ke tandas dan cara membuang perlu diajar dengan betul. Supaya anak tahu dan cara ini lebih selesa berbanding meneran dalam keadaan berdiri.
~Memakan makanan yang berzat~
Pengambilan makanan berzat sangat-sangat membantu melawaskan perut anak-anak kita. Sebagai cadangan yang sesuai, pengambilan MEAL SHAKE boleh membantu anda untuk mengatasi masalah sembelit dikalangan anak-anak ini.
MEAL SHAKE membantu hilangkan sembelit..
Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan boleh hubungi saya di:
♥Normaliza Md. zain @ Eja Meliza
♥Shaklee Independent Distributor (ID No. 1117266)
♥ Pm/whatsApp: 017-6569 125
♥ Fb : www.facebook.com/beautifulmamaja atau ejameliza@gmail.com
Anda akan diguide secara betul dari
Shaklee Independent Distributor Normaliza Md. Zain @ Eja Meliza.
Termasuklah cara makan yang betul,tips dan consultation 100%
sepanjang pengambilan vitamin Shaklee.
____________________________________________
**Semoga panduan ini dapat memberikan gambaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah sebelum terlambat.
P/S : tengah mencari SUPPLEMENT baik untuk badan.
What's ur OPINION?
Tiada ulasan :
Catat Ulasan