Tanda-tanda
penyakit TIBI
· batuk yang berterusan lebih dari 2
minggu
· kahak yang mungkin mengandungi darah
· demam dan berpeluh di sebelah petang
dan malam
· susut berat badan dan hilang selera
makan
· mengalami sakit dada apabila batuk atau
semasa manarik nafas panjang.
· mudah menjadi letih
· hilang ingatan, merapu-rapu dan sakit
kepala (tibi otak atau selaput otak)
· sakit sendi dan tulang (tibi sendi dan
tulang)
Korang ada tak tanda-tanda di
atas? Kalau ada, better pergi check kat mana-mana hospital!
Rawatan
Rawatan untuk penyakit tibi
biasanya mengambil masa yang lama. Ia mesti dipatuhi tanpa ada
pengecualian. Terdapat banyak bentuk rawatan yang disediakan. Ia mengikut jenis tibi dan lokasi jangkitan.Bagi kes-kes biasa seperti tibi paru-paru, terdapat beberapa regim rawatan yang disediakan antaranya adalah kaedah DOTS.
pengecualian. Terdapat banyak bentuk rawatan yang disediakan. Ia mengikut jenis tibi dan lokasi jangkitan.Bagi kes-kes biasa seperti tibi paru-paru, terdapat beberapa regim rawatan yang disediakan antaranya adalah kaedah DOTS.
Apa itu
kaedah DOTS ?
Kaedah DOTS (Directly Observed
Treatment-Shortcorse) adalah kaedah mudah yang disarankan oleh WHO dimana rawatan hanya selama enam bulan sahaja. Dua bulan pertama adalah rawatan
intensif setiap hari, sementara empat bulan berikutnya cuma dilakukan dua kali seminggu. Pesakit
perlu menggunakan kombinasi dan dos-dos ubat yang betul mengikut jangkawaktu yang ditetapkan.
Dengan rawatan yang sempurna pesakit boleh sembuh sepenuhnya.
Pencegahan
Tibi adalah penyakit berjangkit.
Kaedah terbaik untuk melindunginya adalah dengan cara meningkatkan pertahanan tubuh (imuniti). Cara yang boleh dipakai termasuklah :
1-mempastikan anak mendapat dua kali suntikan BCG. Pertama, semasa lahir
dan kedua, ketika
berumur 12 tahun.
berumur 12 tahun.
2-amalan pemakanan berzat bagi
meningkatkan imuniti.
3-menjaga kebersihan tempat tinggal dan tempat kerja, khususnya dari
segi
pengaliran udara bersih.
4-jangan biarkan tempat tinggal atau tempat kerja sentiasa tertutup
tanpa aliran udara bersih.
5-jika mengalami penyakit kelemahan imuniti seperti mendapat rawatan
steroid berpanjangan, mengidap kanser, mengidap HIV, pastikan kebersihan diri
sentiasa dijaga, menjaga pemakanan dan juga tempat tinggal.
6-mendapatkan pengesanan awal jika sekiranya ragu-ragu, terutamanya bagi
mereka yang mengesyaki ada konteks dengan pesakit.
Mencegah lebih baik daripada
merawat kan? Jadi, sapa-sapa yang rasa dirinya ada tanda-tanda tersebut, tolong
pergi periksa ok?
Penyakit ni bukan khusus untuk
orang tua sahaja, orang muda pun boleh terjangkit!
Ramai orang sekarang ni suka cari
bomoh kalau batuk berdarah. Katanya terkena ‘santau’. Padahal, kena Tibi.
Buktikan dulu melalui medical check-up. Penyakit ni boleh rawat. Tak perlu
bomoh.
Harap-harap korang dapat info
yang berguna bagi entry Eja kali ni.
Wasalam
Tiada ulasan :
Catat Ulasan