Bagaimana Ruam Terjadi ??
Ruam selalu terjadi dikalangan dewasa dan kanak-kanak disebabkan oleh sesuatu yang memberi iritasi kepada kulit dan adalah petanda tindak balas kulit yang tidak normal. Ruam akan bermula dalam jangka masa 48 jam selepas terkena dengan alergen atau bahan penyebab (dermatitis). Berkenaan masalah kulit, antara yang paling biasa tetapi menjengkelkan adalah masalah ruam pada kulit. Ianya berlaku pada kawasan kulit yang mudah/senang berpeluh dan ruam menjadi masalah kulit yang boleh dibimbangkan pada ramai orang. Ruam merupakan satu masalah kecil dan boleh dihindari dengan rawatan di rumah sahaja. Namun, ianya juga memerlukan rawatan klinikal. Dermatitis akan mengakibatkan kemerahan pada kulit atau ruam dengan tompokan merah. Ruam atau dermatitis boleh menjadi lebih teruk seperti bengkak, kemerahan dan luka.
Antara Punca Ruam
Ruam bukan selalunya berlaku pada kali
pertama anda berhubung dengan alergen atau bahan iritasi. Keadaan apabila
berlakunya tindak balas dengan bahan tersebut, menyebabkan berlakunya ruam.
Ruam tidak merbahaya tetapi lazimnya menyebabkan kegatalan, kadangkala sehingga
terluka. Antara alergen utama yang menyebabkan berlakunya ruam atau dermatitis
ialah:
Tumbuhan beracun seperti ivy, oak atau sumac.Sabun, bahan pencuci, syampu, minyak wangi, kosmetik atau losyen.
Barang kemas atau fabrik.
Peralatan baharu, mainan, alat, atau objek lain.
Ruam juga boleh berlaku dengan jangkitan virus seperti
herpes zoster, jangkitan kulat contohnya yis, jangkitan bakteria dan jangkitan
kelamin (STI). Ruam juga boleh berlaku sebagai tanda-tanda penyakit yang lebih
serius, seperti penyakit hati, penyakit buah pinggang atau sesetengah jenis
kanse
Ruam juga didapati muncul selepas terdedah kepada serangga
atau parasit seperti hama. Ruam menjadi penanda masalah kulit yang kronik
seperti jerawat, ekzema, psoriasis atau dermatitis seborrheic. Sebab-sebab lain
termasuk ruam kering, cuaca sejuk, cuaca yang amat panas (ruam panas) dan
tekanan emosi. Emosi seperti kekecewaan atau rasa malu boleh menyebabkan ruam
yang gatal.
Keperluan untuk rawatan perubatan sering bergantung kepada gejala-gejala. Terdapat ruam yang berlaku dengan gejala-gejala lain seperti sesak nafas atau demam, menandakan sejenis tindak balas alahan atau jangkitan yang serius. Periksa tanda-tanda anda untuk memutuskan jika dan apabila anda perlu berjumpa doktor. Anda juga harus lah perlu tahu jenis-jenis ruam.
Keperluan untuk rawatan perubatan sering bergantung kepada gejala-gejala. Terdapat ruam yang berlaku dengan gejala-gejala lain seperti sesak nafas atau demam, menandakan sejenis tindak balas alahan atau jangkitan yang serius. Periksa tanda-tanda anda untuk memutuskan jika dan apabila anda perlu berjumpa doktor. Anda juga harus lah perlu tahu jenis-jenis ruam.
1)
Ruam
kepanasan yang terlampau boleh buatkan bayi rimas dan kulit
terjejas, naik bintik2 merah seakan-akan jerawat. Selalunya dikawasan pelipatan
seperti leher,pelipatan siku,dicelah-celah kulit berketak-ketak. Ruam panas,
juga dikenali sebagai ruam mencucuk atau ruam gatal (miliria), adalah erupsi kulit yang boleh timbul apabila
bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap. Jika badan si kecil
dengan tiba-tiba diserang oleh ruam merah terang dan berbintik di leher, bawah
lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, jangan panik; ianya mungkin hanya
ruam panas. pabila panas dan lembap di luar, anak anda akan berpeluh untuk
menyejukkan badannya. Jika dia berpeluh terlalu banyak sehinggakan pori kulit
menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul. Bayi
dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam panas sebab kelenjar peluh
mereka belum lagi matang sepenuhnya. Pakaian ketat atau tebal akan menakung
peluh juga, menyebabkan iritasi menjadi lebih teruk. Kanak-kanak boleh mendapat
ruam panas dari apa saja yang menyebabkan dia banyak berpeluh, seperti suhu
tinggi atau dia berlari-lari main di persekitaran yang panas.
2) Ruam Susu
3) Ruam Lampin
terlalu lama dibiarkan memakai kain lampin/lampin pakai
buang, kulit jadi merah dan radang sama ada di sekitar punggung bayi atau
di celah peha. Kandungan dalam lampin pakai buang seperti bahan kimia, losyen
atau bahan wangian boleh meningkatkan sensitiviti terhadap ruam berbanding
lampin kain. Walau bagaimanapun, lampin pakai buang lebih menyerap lembapan dan
bayi anda akan lebih kering. Maka, risiko terhadap ruam juga berkurangan.
Menariknya, kajian menunjukkan reaksi bayi terhadap lampin kain atau lampin
pakain buang adalah berbeza-beza. Sesetengah bayi kurang risiko ruam lampin
apabila memakai lampin kain atau pun sebaliknya. Untuk jalan penyelesaian
mudah, pastikan anda menyalin lampin secepat mungkin selepas anak anda membuang
air kecil atau besar kerana pendedahan kulit terhadap najis dan air kencing
akan meningkatkan risiko ruam lampin. Jika anak anda mempunyai ruam lampin yang
teruk, pertimbangkan menukar jenis lampin yang dipakai sama ada lampin kain
atau lampin pakai buang. Jangan lupa untuk mendapatkan nasihat doktor kerana
mungkin terdapat juga faktor lain yang memainkan peranan dalam ruam yang
dialami.
Selain itu, kita boleh menggunaka Herbal blend yang mana produk semulajadi tanpa PARABEN. Oleh itu ianya boleh disapu pada bayi dan juga orang dewasa.
Antara
kegunaan krim herbal blend ialah:
____________________________________________
4) ekzema
rasa gatal dan tak selesa. Tahap lebih teruk sehingga
berdarah dan keluar air. Selalunya boleh tengok pada pelipat kelopak mata, leher,
siku, lutut, pergelangan tangan, jari tangan dan jari kaki. Ada dermatis -
kemerahan, kuping, bengkak. Ekzema (eczema) juga dikenali sebagai atopik dermatitis atau ekzema atopik(ekzema bentuk yang paling biasa).
Ekzema atopik selalunya berlaku dikalangan kanak-kanak, tetapi ia boleh juga
berlaku keatas orang dewasa atau dikalangan mereka yang usia lanjut. Untuk
pengetahuan anda juga, ekzema adalah keadaan kulit yang kronik di mana kulit
menjadi gatal, merah, kering dan merekah. Kira-kira 30% daripada semua
keputusan diagnosis keatas simptom kulit melibatkan ekzema atopik. Ia memberi
kesan yang sama kepada lelaki mahu pun wanita serta orang-orang dari latar
belakang etnik yang berbeza. Kebanyakan kes di Eropah Barat, Amerika Utara dan
Australia menjelaskan bilangan orang ramai yang dijangkiti penyakit ekzema ini
telah meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini dan ini termasuklah di Asia
dan Malaysia.
5) Allergy
kulit merah dan gatal dgn tiba2, biasanya berpunca drpd
pemakanan, habuk, cuaca, serangga, ubat dan bulu binatang. Ini tak
berpanjangan.Sebenarnya, alergi atau alahan adalah reaksi keimunan terhadap
bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh. Sistem keimunan badan
bertindak balas terhadap alergen bahan yang membangkitkan reaksi dengan
mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang
menyebabkan simptom seperti kongesi hidung serta sistem respiratori, gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, diarhea atau
cirit-birit, mata berair dan gatal, dan ruam gatal. Tidak semestinya, dan agak
sukar dikesan bagi bayi. Contohnya, ramai bayi akan mendapat lelah apabila
diserang infeksi saluran pernafasan respiratori atas. Ini sebenarnya bukan
tanda alergi, dan kebanyakan bayi akan hilang kecenderungan untuk mendapat
lelah apabila mereka menjadi matang. Sekiranya lelah itu berlaku tanpa
selesema, dan masih kekal apabila dia mencapai usia tiga tahun, pakar pediatrik
anda mungkin akan meminta anda supaya menyimpan buku catatan setiap kali bayi
anda menunjukkan simptom ini. Diagnosis asma lazimnya boleh dibuat berdasarkan
sejarah bayi dan tindak balasnya terhadap ubat bronchodilators yang melegakan.
Rawatan
banyakruam akan hilang tanpa
rawatan perubatan. Rawatan di rumah selalunya boleh melegakan kesakitan dan
gatal-gatal sehingga ruam hilang. Jika anda mempunyai ruam, anda tidak perlu
berada dalam hubungan dengan kanak-kanak atau wanita hamil. Kebanyakan virus
yang menyebabkan ruam adalah berjangkit, terutamanya jika ia turut menyebabkan
demam.
Elakkan kegatalan
Pastikan kawasan yang gatal berada dalam keadaan sejuk dan lembap.
Meletakkan kain direndam di dalam air ais pada ruam beberapa kali sehari. Ruam
yang terlalu kering akan mengeringkan kulit, yang boleh menggandakan kegatalan.
Pastikan anda berada dalam persekitaran sejuk dan berjauhan daripada matahari. Haba boleh membuat gatal semakin teruk.
Pastikan anda berada dalam persekitaran sejuk dan berjauhan daripada matahari. Haba boleh membuat gatal semakin teruk.
Cuba mandi menggunakan bijiran gandum untuk melegakan gatal-gatal. Balut
satu cawan bijiran gandum dengan kain kapas dan rebus seperti yang anda lakukan
untuk memasak.
Biarkan ia sejuk dalam suhu bilik dan gunakan sebagai span. Anda boleh mandi dalam air sejuk tanpa sabun.
Elakkan daripada menggaru. Potong kuku pendek atau memakai sarung tangan
kapas pada waktu malam untuk mengelakkan anda menggaru secara tidak sengaja.
Pakai pakaian kapas. Jangan memakai bulu dan kain sintetik.
Gunakan sabun lembut seperti Cetaphil, Dove atau Minyak Olay, dan sabun
yang sedikit sahaja. Jangan gunakan sabun deodoran.
Basuh pakaian anda dengan sabun pelembut, bukannya detergen. Bilas dua kali untuk membuang semua kesan sabun. Jangan gunakan bahan cuci yang kuat.
Berehat sepanjang hari untuk melakukan senaman santai, terutamanya
sebelum tidur kerana tekanan juga boleh menyebabkan gatal atau ruam bertambah
buruk.
Biarkan ia sejuk dalam suhu bilik dan gunakan sebagai span. Anda boleh mandi dalam air sejuk tanpa sabun.
Pakai pakaian kapas. Jangan memakai bulu dan kain sintetik.
Basuh pakaian anda dengan sabun pelembut, bukannya detergen. Bilas dua kali untuk membuang semua kesan sabun. Jangan gunakan bahan cuci yang kuat.
Selain itu, kita boleh menggunaka Herbal blend yang mana produk semulajadi tanpa PARABEN. Oleh itu ianya boleh disapu pada bayi dan juga orang dewasa.
· Membantu mengurangkan ruam susu, ruam
lampin
· Menghilangkan kesan rekahan tumit /
tumit pecah
· Membantu mengatasi parut akibat campak
(chicken pox)
· Membantu mengubati luka2 kecil
· Mengurangkan rasa gatal2 kulit
· Membantu mengurangkan ekzema (boleh
cuba dahulu kerana
ekzema ada pelbagai jenis, may be sesuai atau tidak)
· Menghilangkan parut akibat gigitan
nyamuk
· Menghilangkan rasa lenguh2
pinggang,betis,kaki,tangan,sakit perut
Pertanyaan, Konsultasi dan Pesanan boleh hubungi saya di:
♥Normaliza Md. zain @ Eja Meliza
♥Shaklee Independent Distributor (ID No. 1117266)
♥ Pm/whatsApp: 017-6569 125
♥ Fb : www.facebook.com/beautifulmamaja atau ejameliza@gmail.com
Anda akan diguide secara betul dariShaklee Independent Distributor Normaliza Md. Zain @ Eja Meliza.Termasuklah cara makan yang betul,tips dan consultation 100%sepanjang pengambilan vitamin Shaklee____________________________________________
**Semoga panduan ini dapat memberikan gambaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah sebelum terlambat.
P/S : tengah mencari SUPPLEMENT baik untuk badan.
What's ur OPINION?
Tiada ulasan :
Catat Ulasan