Isnin, 6 Oktober 2014

Apa Nak Buat Jika Hidung Anak Berdarah

Hidung Berdarah pada kanak-kanak


Tidak seteruk yang kita sangkakan, hidung berdarah kebiasaannya tidaklah serius. Ia biasa terjadi pada kanak-kanak berumur 3 hingga  10 tahun, pendarahan berhenti dengan sendiri dan boleh dirawat sendiri di rumah. Jadi ibubapa jangan panik tau. Jom baca lagi apa Eja nak share tentang hidung berdarah pada kanak-kanak.

Apa Nak Buat Jika Hidung Anak Berdarah?

  • Yang paling penting, JANGAN PANIK! Tenangkan diri anda, dan tenangkan anak anda.
  • Dudukkan anak anda di atas kerusi atau di pangkuan anda, tolak sedikit kepala anak anda ke hadapan. 
  • Dengan menggunakan tisu atau kain yang bersih, picit dengan lembut bahagian lembut pada hidung (betul2 di bawah tulang hidung).
  • Teruskan picit pada bahagian hidung tersebut lebih kurang dalam 10 minit; sekiranya dilepaskan terlalu awal, mungkin boleh berdarah semula.
  • JANGAN biarkan anak anda mendongak atau bersandar ke belakang. Ini akan menyebabkan darah akan mengalir ke belakang tekak dan menyebabkan anak anda tersedak, batuk, muntah atau tertelan darah tersebut.
  • Selepas pendarahan berhenti, biarkan anak anda berehat sebentar. Nasihatkan anak anda supaya tidak menghembus dengan kuat, mengorek hidung atau menggosok hidung dengan kuat.


Berjumpa Doktor Sekiranya Anak Anda:
  • Kerap mengalami hidung berdarah.
  • Mugkin ada memasukkan sesuatu ke dalam lubang hidung.
  • Mudah mendaat lebam-lebam.
  • Mengalami pendarahan yang banyak pada luka kecil atau mengalami pendarahan di tempat lain (eg: gusi berdarah)
  • Ada mengambil ubat-ubatan sebelum pendarahan

Kecemasan Sekiranya:
  • Sangat banyak, atau anak mengalami pening @ nampak lemah ketika hidung berdarah
  • pendarahan disebabkan kecederaan pada bahagian kepala
  • pendarahan masih berterusan selepas dua kali percubaan untuk menghentikan pendarahan (tekan hidung 10 minit tiap kali)

Jenis-jenis Pendarahan Hidung

Anterior nosebleed @ pendarahan hadapan hidung
  • Yang paling kerap berlaku
  • Pendarahan dari bahagian hadapan hidung
  • Kapilari atau salur darah kecil yang terdapat pada hidung pecah lalu menyebabkan pendarahan

Posterior nosebleed @ pendarahan belakang hidung
  • Pendarahan pada salur darah yang lebih dalam
  • Darah mengalir ke belakang tekak walaupun seseorang itu telah duduk atau berdiri
  • Jarang pada kanak-kanak; lebih kerap berlaku pada orang yang lebih dewasa terutamanya yang mengalami darah tinggi dan pada yang mengalami kecederaan pada hidung dan muka
Cara Mencegah Berlakunya Hidung Berdarah

Memandangkan punca hidung berdarah di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan tabiat 'mengorek hidung' atau irritasi disebabkan cuaca yang panas dan kering, beberapa tips mungkin boleh membantu untuk mengurangkan insiden ini.
  • Pastikan kuku anak-anak pendek untuk mengelakkan kecederaan pada dinding hidung ketika anak-anak 'mengorek hidung'
  • Kekalkan kelembapan bahagian dalam hidung dengan menggunakan 'saline nasal spray' (boleh didapati di farmasi) atau sapukan sedikit krim antibiotik (preskripsi doktor) di sekeliling lubang hidung
  • Boleh menggunakan 'air humidifier' di rumah sekiranya udara di rumah agak kering
  • Pastikan anak-anak memakai helmet atau kelengkapan perlindungan diri yang lain apabila melibatkan diri dalam sukan yang boleh menyebabkan kecederaan pada hidung
Kadangkala pendarahan hidung tetap berlaku walaupun kita telah mengambil langkah pencegahan dan langkah berjaga-jaga. Sekiranya berlaku juga, cuba jangan panik dan kawal pendarahan. Kebiasaannya ia tidak serius dan pendarahan mudah berhenti.

Rujukan daripada Dr. Melinda Latif

Apakah yang boleh kita buat untuk mengelakkan perdarahan hidung?
Langkah-langkah untuk mengelakkan perdarahan hidung termasuklah memastikan kuku anak kita sentiasa pendek, bagi mengelakkan kecederaan sekiranya anak mencungkil hidung dengan jari. Kita juga boleh mendidik anak kita supaya tidak mencungkil hidung dengan jari, dan tidak meniup hidung dengan terlalu kuat!
Kadangkala, doktor mengesyorkan penggunaan semburan air garam di dalam hidung (normal saline nasal spray), untuk melembapkan kulit di dalam hidung, dan mengelakkan pembentukan kerak di dalam hidung. Semburan air garam ini juga dapat meningkatkan keselesaan kanak-kanak selepas berlakunya perdarahan hidung, dan mengurangkan keinginan untuk mencungkil hidung, SERTA mengelakkan kejadian perdarahan semula.   Penggunaan ubat sapu (ointments) dalam hidung tidak digalakkan, kerana mungkin menyebabkan kecederaan semasa disapu di dalam hidung.
Kita juga boleh mengelakkan kecederaan pada muka dan kepala, dengan memastikan anak kita sentiasa memakai peralatan keselamatan yang sesuai, seperti topi keledar, apabila menunggang basikal atau mengambil bahagian dalam aktiviti sukan yang lasak.
Bagi Eja sebab utama perdarahan hidung dalam kanak-kanak adalah tabiat mencungkil hidung!! Ini lebih kerap berlaku apabila kanak-kanak berada dalam persekitaran yang kering (low humidity). Udara kering boleh menyebabkan  rembesan pada permukaan dalam hidung menjadi kering dan membentuk kerak (crusting of secretions). Kerak ini menyebabkan kanak-kanak rasa tidak selesa, dan cuba mengeluarkannya dengan menghembus nafas dengan terlalu kuat atau mencungkil hidung dengan jari. Ini menyebabkan kecederaan pada salur-salur darah di dalam hidung, dan perdarahan berlaku. Selepas perdarahan berhenti, ia meninggalkan parut di dalam hidung. Parut ini menyebabkan ketidakselesaan, dan kanak-kanak terus mencungkil hidung, dan perdarahan berlaku lagi! Kitaran ini akan berulang sehinggalah kanak-kanak menyedari bahawa perbuatan mencungkil hidung inilah yang menyebabkan perdarahan, dan menghentikan tabiat tersebut.
Jadi seringlah perhatikan anak anda. 

Tiada ulasan :

Popular Posts