Rasa mengantuk tidak kira dimana sahaja. Boleh terjadi bila-bila masa. Lagilah jika terlalu letih, kekenyangan dan faktor persekitaran juga memain peranan. Eja share tip-tip yang boleh kita praktikkan pabila mata semakin layu di pejabat.
1. Hampiri kawasan bercahaya
Di pejabat yang sejuk dan bercahaya redup boleh menyebabkan kita mudah rasa mengantuk. Langkah pertama Jika kita terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, Cahaya yang lebih terang mengembalikan kesegaran mata dan minda yang semulajadi ditepi tingkap. . Tapi, sekiranya rasa mengantuk tidak hilang, padangan anda keluar seketika Atau anda pergi keluar anbil angin diluar pejabat seketika. Jangan la keluar pejabat pergi kedai kopi pulak...tu melampau
2. Basuh Muka
Pilihan kedua basuh muka dan lebih elok jika kita ambil wudhuk. Untuk lebih kesegaran.
3. Wangian aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, Kita juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian arimaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon.
4. Dengar Muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.
5. Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di sampi itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangin dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula
6. Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.
~sharing is caring~
Tiada ulasan :
Catat Ulasan