Baru masuk pejabat, badan dah mula terasa letih. Ini bermakna anda perlu lakukan sesuatu
untuk kembalikan kecergasan tubuh. Tak perlu bangun daripada kerusi, ikuti tip
mudah ini.
1 lakukan urutan ringan pada
bahagian badan anda iaitu di atas kepala, bahagian antara ibu jari dan telunjuk
serta bahagian bawah pusat tempurung lutut di sebelah kanan. Anda juga boleh
menjangkau di bahagian bawah kaki serta pangkal leher. Cara begini dapat
membuang rasa mengantuk.
2 mendengar muzik juga boleh
mengembalikan mood untuk bekerja. Pasanglah lagu-lagu kegemaran anda atau
‘layan’ alunan muzik lembut atau instrumental. Dikatakan muzik dapat mewujudkan
rasa tenang. Jika anda penggemar Heavy Metal, silakan. Tetapi janganlah sampai
mengganggu fokus kerja. Untuk lebih tenang dan damai cuba ubah dari muzik ke alunan ayat suci al-quran. PAsti lebih tenang
3 anda boleh manfaatkan
waktu rehat dengan mendapatkan tidur sekitar 10-15 minit. Tidur begini lebih
berkualiti dan dapat mengembalikan semangat untuk bekerja. Cari lokasi yang
sesuai, rehatkan badan, dan lelapkan mata. Jangan sampai terlajak waktu.
4 Tidak salah jika anda mahu berehat
seketika semasa bekerja. Bergeraklah dari meja kerja untuk mengambil udara
segar. Lihat pemandangan luar pejabat untuk merehatkan otot-otot mata yang
keletihan. Sambil itu, anda boleh membuat regangan badan yang ringan.
5 Kembalikan semangat bekerja supaya
anda menjadi lebih produktif. Jangan jadikan penat atau mengantuk sbagai alasan
untuk anda bekerja sambil lewa. Jadilah pekerja yang lebih baik dan bekerjalah
dengan aura positif!
~Selamat Mencuba~
Tiada ulasan :
Catat Ulasan