Info:- Bagi yang baru bermula, anda dinasihatkan untuk tidak memaksa
tubuh. Memadailah anda membuat 20-25 kiraan lompatan. Lakukan perlahan-lahan.
Ingin dingatkan, satu set lompat tali yang sempurna adalah apabila anda berjaya
membuat kiraan lompatan yang ditetapkan tanpa berhenti. Jika anda terhenti di
tengah jalan, maka mulakan dengan kiraan satu semula.
Info:- Lompatan yang selamat
adalah tidak melebihi 30 sentimeter daripada paras tanah atau lantai. Melompat
lebih tinggi daripada itu akan memudahkan anda untuk merasa penat. Selain itu,
ia juga menggalakkan kecederaan pada otot kaki anda.
Tahukah anda dengan membuat aktiviti lompat tali kita dapat menguatkan
bahagian atas dan bawah tubuh serta membakar kalori dalam tempoh masa yang
singkat, mengikut kemampuan seseorang.Selain itu, Aktiviti melompat tali memberi
tekanan kepada lutut, pergelangan kaki, dan pinggul, tetapi ia merupakan
aktiviti impak rendah berbanding berjoging.
Info:- Sebanyak
70-110 kalori dapat dibakar dalam satu sesi selama sepuluh minit, manakala 1000
kalori dalam tempoh satu jam. Hebatnya! Untuk mengelak rasa bosan, tukar cara
lompatan anda.
Antara yang boleh membakar kalori ialah melompat dengan
sebelah kaki, kedua-dua belah kaki, melompat cara skip, berlari-lari anak atau
mengangkat lutut setiap 30 saat untuk mempelbagaikan lompatan tali. Untuk lebih
seronok, iringi dengan muzik.
Turunkan berat badan dengan tali. Untuk penegtahuan anda, terdapat 3500 kalori
dalam berat (satu paun), untuk menurunkan satu paun seminggu, anda harus bakar
700 kalori setiap hari. Lompat tali selama 30 minit dapat membakar sehingga 300
kalori. Jadi untuk menurunkan satu paun berat badan dengan hanya membuat
skiping selama 30 minit setiap hari dan potong 400 kalori daripada diet.
Formula mudah:-
30 minit lompat tali (300
kalori) + potong (400 kalori) daripada menu diet = 700 kalori dibakar setiap
hari.
*Dalam seminggu, anda berjaya kurangkan
satu paun!
Tiada ulasan :
Catat Ulasan