Pelik benar melihat iman bertukar tingkah laku.. Iman anak sulung Eja. Berusia 2 tahun 10 bulan. Perangainya makin menjadi-jadi dan sukar dikawal. Eja risau melihat perubahan sikap Iman mendadak. Eja terus mencari jawapa pada tanda tanya ini. Dalam sebuah akhbar harian metro, ada satu tajuk iaitu anak dipukul akan menjadi agresif sebagai tanda memberontak. Jom kita kupas tajuk ini untuk kepentingan bersama.
Anak sering mempunyai pelbagai kerenah yang memerlukan penjagaan rapi dan perhatian ibubapa. Anak sering meragam dan akan menangis jika tidak kene gayanya. Kadang-kala pening kepala nak handle dan menyebabkan ada ibubapa ambil tindakan mudah iaitu memukul mereka.
Banyak kajian dilakukan tindakan memukul anak akan menyebabkan anak-anak lebih bertindak agresif dan lebih degil. Sebab ape anak jadi degil adalah kesan dipukul bukan sahaja menyebabkan anak sakit malah anak akan tunjuk perasaan. Banyak cara mereka tunjuk perasaan. Ada yang mengguling menangis, hentak kaki, tidak henti menangis, menjerit dan pelbagai lagi tingkah laku. Yang inilah apabila anak dah tahap sebegini pening kepala nak pujuk anak.
Ada cara untuk mengelakkan anak memberontak. Iaitu ambil inisiatif baru dan ubah cara lebih lembutkan hatinya pujuk baik-baik dan tegur secara lembut dan lebih prihatin. Elakkan menjerit-jerit dan terlalu kerap marah. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu sesuatu perkara atau keadaan perlukan kita marah. Contoh sesuatu yang merbahaya, kita perlu la marah, jangan la pula simpan marah tu. Bila terlalu suka memarahi , marah itu tidak bermakna. Malah ia menjadikan anak - anak terikut. Marah yang tidak terkawal akan menyalurkan sikap negetif pada anak-anak. Maka itu anak-anak pula yang mempunyai karekter suka marah - marah.
Perkara marah boleh dikawal. Antaranya kita hindarinya dengan istigfar, bawa bertenang, cari tempat yang sejuk sikit. Hilangkan marah dulu. Atau lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibauh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.
Kesimpulannya marah pada anak anda biar bertempat. Dan perlu tahu cara untuk mengatasi marah pada anak anda agar anak kita tidak jadi terlalu agresif.
Sekian.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan